Pages

Wednesday, September 14, 2016

Train to Busan

Assalamualaikum

Sekarang memang tengah trending cerita ni.. Sebelum ni semua duk bercakap pasal Train to Busan.. Kat facebook pun ramai post cakap cerita ni best.. Atie dengan adik-adik pun excited la bila dengar.. Kami tengok kat rumah je.. So, x payah la pergi tengok wayang.. Save duit.. Boleh tengok ramai-ramai lagi.. hihihi.



Sinopsis:

Cerita ni pasal Seokwoo (Gong Yoo) yang telah berpisah isterinya dan anaknya Soo Ahn (Kim Su-an) tinggal bersama dia. Masa hari jadi anak dia tu, dia mintak nak jumpa mak dia kat Busan. Diaorang pergi naik train. Hampir keseluruhan cerita atas train tu je. Masa dalam train, ada sorang penumpang yang dijangkiti virus zombie terlepas masuk dalam train dan mula dari situ hampir semua dalam train kena gigit jadi zombie. Bukan atas train je yang kena virus zombie ni sebenarnya, memang kebanyakan tempat dah kena. Sampai nak mintak bantuan pun dah susah. Banyak station x boleh stop sebab virus zombie ni.

Maka bermulalah perjuangan nak menyelamatkan diri. Ada yang pentingkan diri sampai sanggup mengorbankan orang lain asalkan dapat menyelamatkan diri sendiri. Ada yang suami sanggup berkorban untuk isteri asalkan isteri yang sedang mengandung selamat. Memang part ni sedih la. Nak tahu lebih lanjut, boleh tonton yea.

bermula bila orang-orang dalam train kena virus zombie

Tengok! Askar-askar pun kena.. Macam mana nak selamatkan orang..

 Hah!! Yang ni la orang yang paling pentingkan diri sendiri.. Geram betul bila tengok dia ni..

Pendapat Atie untuk Train to Busan :
  1. Jalan cerita sedikit mendatar.. Memang 100% kisah nak selamatkan diri dari zombie.
  2. Kisah kekeluargaan, kasih sayang memang di terapkan dalam cerita.
  3. Memang x tahu dari mana punca virus zombie ni menular. Tapi masa Seokwoo dengan kawan dia cakap kat fon, kawan dia ada mintak maaf.. Dia cakap mungkin semua berpunca dari dia.. So, Atie faham-faham sendiri.. Virus tu dari Seokwoo dengan kawan dia..
  4. Akhir macam tergantung.. Semua kena virus dan yang terselamat yang kat Busan je. Kira masalah virus x settle.
Maaf, ini hanya pendapat Atie.. Mungkin yang lain berpendapat lain dari Atie.


Salam Sayang,
Atie


No comments: