Pages

Thursday, April 28, 2016

Koleksi Kisah Seram : Siapa perempuan tu?

Assalamualaikum

Ini kejadian benar yang berlaku kat saya tahun lepas. demi menjaga imej syarikat saya, janganlah tanya nama syarikat dan nama bangunan yang saya akan ceritakan nanti. 

kejadian berlaku tahun lepas awal bulan disember. walaupun kerja berlambak dan banyak projek nak ditutup masa tu, semua colleague saya memang dah takda mood nak kerja sebab mood holiday dan ramai juga yang ambik leave. masa tu saya pun ambik leave dan boss pun dah approve. sehari sebelum leave saya cuti saya start, saya plan nak habiskan kertas kerja sebelum cuti sebab saya ada flight malam ke dubai. so saya plan kerja OT pastu balik tido sampai petang dan terus ke KLIA pukul 8.

so malam tu pukul 7 saya turun untuk beli makan malam dan pastu terus balik makan kat office. masa tu masih ada orang kat ofis, colleague yang terakhir keluar pun pukul 9. pukul 10 lebih pak jaga pun datang rounding sebab nak lock pintu. dia punya tanya pukul berapa saya balik sebab dia nak lock pintu dan terus balik. office di tingkat saya ada 3 pintu dan kesemuanya kena guna smartcard kalau nak masuk atau keluar. tapi pada waktu malam ada juga pak jaga yang diupah oleh syarikat kami datang untuk kunci pintu dengan mangga dari tingkat 15 - 20. so saya pun britahu dia yang saya tak pasti pukul brapa saya balik sebab banyak kerja lagi. so dia kata dia lock pintu 1 dan 2. kalau saya balik nanti guna pintu ketiga dekat tandas dan lift. dia juga pesan kat aku untuk tutup lampu dan beritahu security guard bangunan di ground floor tu untuk tutup lampu korridor kalau saya nak balik. security yang ni pula diorang bekerja dengan management building tersebut. mereka tiada kunci office syarikat ini.

pastu saya pun selamba buat kerja saya sambil mendengar radio. pukul 12 lebih saya pergi ke tandas sebab nak buang air. masa saya cuci tangan tu terdengar pula orang bukak pintu dengan smartcard. mesin smartcard tu akan beep 6 kali kalau ada orang masuk dan kalau ada nak keluar mesin tu akan beep 2 kali. saya pun hairan la siapa yang balik office pukul 12. pastu teringat pulak pak jaga tu. saya pun cepat cepat keluar dari tandas dan beritahu pak guard tu supaya jangan kunci pintu dulu sebab saya belum habis lagi. bile keluar je dari tandas seorang pun tak nampak, masuk ofis pun tak ada orang. saya pun hairan la masa tu siapa yang masuk tadi tapi tak keluar. saya fikir masa tu mungkin saya letih dan tersilap dengar. so saya pun continue siapkan kerja saya.

akhirnya pada pukul 2 kerja saya pun dah siap. saya pun setkan laptop saya untuk print dan sementara menunggu dokumen saya siap print, saya pergi ke pantry untuk cuci cawan kopi saya. masa saya jalan ke pantry saya double check memang tak ada sesiapa kat dalam office. lepas dokumen dah siap print saya pun bersiap sedia nak balik. masa tu saya terdengar lagi orang buka pintu dengan smartcard. pastu saya pun tanya la siapa kat sana dan takde orang jawab. lepas tu, rambut dan bulu roma saya terus meremang. apa lagi? saya pun bergegas ke pintu keluar la.

bila saya buka pintu tu saya pun terkejut seketika sebab lampu koridor sudah ditutup dan hanya lampu dari tangga kecemasan yang menyinari sebahagian daripada koridor tersebut. tak tau apa nak buat saya pun gunakan handphone saya sebagai torchlight dan berjalan secepat mungkin ke lift sambil bercakap dengan diri saya sendiri. masa dalam lif tu aku rasa agak sejuk dan seram la. sampai je ground floor aku pun tanya si security guard tu naper dia tutup lampu. dia sendiri pun hairan kenapa saya turun last sebab dia kata pukul 12 lebih ada seorang staff perempuan keluar dari lif dan beritau kat dia untuk tutup lampu koridor di tingkat 19. so guard yang ni pulak walkie talkie kat member dia di tingkat 18 untuk confirm sama ada lampu office di tingkat 19 dah tutup ke belum. member dia confirm memang lampu office saya dah tutup so dia pun tutup lampu koridor.

bila saya nak tanya siapa perempuan tu, belum sempat nak tanya lagi, si guard tu pun pandang kat saya dan dia kata "saya tahu apa awak nak tanya. tapi tak usah nak tanya lah. tak eloklah cakap pasal benda2 ni, lagipun dah tengah malam. maaf la ye, mungkin kami yang tersilap."

yang hairannya kenapa security guard tu kata lampu office saya dah tutup sedangkan saya masih di dalam office dan lampu masih dibuka pada masa tu. dan yang paling menghairankan, siapakah perempuan yang dimaksudkan oleh si security guard tu? sampai hari ini, rambut dan bulu roma saya pasti akan meremang setiap kali teringat insiden ini.

Sumber : Copy Paste


Salam Sayang,
Atie

Wednesday, April 27, 2016

Wordless Wednesday #11 : My Friends

Assalamualaikum



Salam Sayang,
Atie

Tuesday, April 26, 2016

Inai cara tradisional

Assalamualaikum


Atie suka kuku colour-colour ni.. Nak pakai perwarna kuku, susah.. Boleh pakai, cuma bila nak sembahyang, kena cuci bersih-bersih. Susahkan.. Kalau time x leh sembahyang xpe la..

Nak senang dan cantik pakai inai la jawabnya.. Atie kalau pakai inai, x suka inai yang dalam tiub tu.. Warna dia x cantic.. Mula-mula je terang, 2,3 hari nanti pudar.. Kat rumah ada je lagi 2 tiub x guna..

Atie kalau pakai inai memang guna cara tradisional.. Ambik daun inai fresh.. Tumbuk pakai lesung, letak asam keping, letak nasi.. Orang cakap letak arang nak bagi warna terang, tapi Atie x letak pun.. Malas nak cari.. Tumbuk la sampai lumat.. Memang gigih la sebab nak sangat pakai.. Sampai lenguh tangan nak bagi lumat..

Tapi bila dah pakai, memang puas hati.. Colour cantik.. Betul-betul merah.. Berbaloi la g rumah TokMek ambil daun inaikan.. Kalau x sebab nak ambil daun inai, memang x akan tiba-tiba boleh sampai rumah TokMek.. Walaupun dekat sangat.. Hehehe.

Tips, nak bagi inai merah terang dan cantik.. Ambil daun inai yang muda.. Yang colour hijau muda tu.. Confirm pakai kejap je dah merah.. Nak tumbuk pun senang, sebab daun lembut lagi.. Atie pakai 3,4 jam je dah merah.. X perlu dah pakai masa tidur dan esok pagi baru cuci.. Nanti x pasal-pasal cadar pun merah.. Kalau dulu memang macam tu, tapi dah tahu tips, x perlu lagi..

gigih betul.. hihihi

Salam Sayang,
Atie

Thursday, April 14, 2016

Koleksi Kisah Seram : Misteri Bilik 8

Assalamualaikum

Kisah seram ni berlaku tahun 2000.. Masa tu ada kursus dengan kawan² lain di sebuah Maktab Perguruan di utara tanah air.. Jadi masa daftar tu semua pelajar akan disebut nama, nama partner dia dan nombor bilik.. Maksudnya diorang dah pecah² la. So bercampurla sikit dengan budak² sekolah lain… Semua kawan² aku yg lain dah dapat bilik dan tiba giliran aku.. Dengan yakinnya aku dan kawan aku pun mencari² bilik masing².. Bilik dia nombor 6 dan bilik aku bilik nombor 8.. Lepas kawan aku letak beg dia, dia ikut aku ke bilik aku pulak.. Terpana kami bila tengok bilik tu siap ada mangga lagi berkunci..

Lepas mengumam sesama sendiri kami buat keputusan ke bilik urusetia untuk pengesahan… Urusetia tu tanya… bilik nombor berapa.. Kami pun bagitau la.. Bilik nombor 8 tapi berkunci.. Urusetia tu dengan suara yang sangat mendatar jawab… Memang bilik nombor 8 tu kunci sebab tak boleh duduk… Bila check nama aku sekali lagi rupanya bilik aku nombor 11… Aku pandang muka kawan aku.. Dia pun pandang muka aku macam tak pecaya.. Memang kami berdua dengar bilik aku nombor 8 tadi.. Jadi dengan bingung² nya bawak beg masuk bilik nombor 11.. Lain sangat rasanya nombor 8 dengan 11.. Macam mana boleh dengar nombor 8 tu.. Kawan aku pun dengar yang sama..

Malam tu lepas Ice Breaking (pecah air batu) kami semua masuk tidur.. Roomate aku kata nak tidur bilik kawan dia jadi aku pun tumpangla tidur dengan kawan aku.. Masa tu dalam pukul 1 pagi, aku dan kawan aku tak boleh tidur… Yang roomate dia dah selamat belayar… Tiba² aku dengar bunyi macam bergaung… Sangat mengganggu.. Di ikuti bunyi ketukan pintu demi pintu bermula dari bilik hujung.. Ketukkan tu bukan macam ketukan biasa… Melurut dari atas ke bawah… Aku pandang muka kawan aku.. Aku tanya dia dengar tak? Dia angguk… Lega! Bukan lega apa.. Lega sebab bukan aku sorang je dengar.. Bunyi ketukan tu semakin lama semakin menghampiri… Kami berdua tengok roomate kawan aku relaks je dah lena….

Baca ayat Kursi pun dah lintang pukang.. Kami pejam mata rapat²… Sebab bunyi ketukan tu dah sampai bilik sebelah… Dalam hati aku berkata… "hang nak ketuk sampai pagi pun ketukla… Jangan buka pintu atau tunjuk muka hang dah"… Sampai kat pintu kami ketukan tu dirasakan sangat lama… Berulang² melurut² dari atas ke bawah.. Dan bunyi bergaung tu pun tak berenti² lagi.. Hampir pukul 3 baru berhenti…

Aku dengan kawan aku dah tak boleh lena… Bila dengar je azan Subuh kami terus lari pergi ke bilik kawan sorang lagi.. Tanya ada dengar bunyi ketuk pintu tak semalam… Diorang semua kata tak ada… Maknanya memang aku dan member aku yang pergi tegur bilik nombor 8 tu je la yang dengar… hmmm… Masa LDP pagi tu fasilitator tanya boleh tidur ke tak.. Sebab diorang pun ada yang terkena bilik panas… Banyak nyamuk katanya sampai terpaksa tumpang tidur ramai² bilik fasilitator lain.. Akhirnya sampai malam akhir kami tidur beramai².. Tapi Alhamdulilah tak ada gangguan…

Akibat dari kejadian tu hampir sebulan aku fobia tak boleh dengar orang ketuk pintu.. Kalau dengar je  jantung aku berdegup kencang… huhuhu… Pengajaran yang aku dapat.. Bila pergi tempat orang.. Kalau ada benda² pelik aku tak tegur dah… Itulah pengalaman pertama aku.. Sekian, terima kasih..


Sumber : Copy Paste


Salam Sayang,
Atie

Tuesday, April 12, 2016

GIVEAWAY APRIL 2016 By Mezquitalifestyle

Assalamualaikum

Klik Banner for Join!

SYARAT PENYERTAAN

  • Follow BLOG COMEL  Penaja Hadiah ni tau! (DONE)
  • Follow INSTAGRAM  Penaja ni jugak tau (DONE)
  • Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY APRIL 2016 By Mezquitalifestyle " & Copy Banner diatas (DONE)
  • Tinggalkan URL dalam ruangan Komen Entri. (DONE)
  • GiveAway adalah bermula dari 08 / 04 / 2016 sehingga 21 / 04 / 2016 (11.59pm)
  • Pengumuman pemenang berdasarkan Random.Org pada 25 / 04 /2016

Ierah Sulaiman bagi Free Product Flora Mask For Giveaway 2016!!!

Assalamualaikum

Jom Join Giveaway by Ierah Sulaiman

Atie nak sangat product Flora Mask sebab Atie tak pernah guna pun product ni.. Kulit muka Atie ada masalah kulit berminyak dan bintik-bintik hitam di bahagian hidung.. Mungkin jika Atie terpilih, Atie boleh cuba dan menjadi pengguna setia.. Mungkin product ni berkesan dengan kulit Atie.. Dah try macam-macam product dah, tapi bintik-bintik hitam tak nak jauh juga dari Atie.. Sobs..sobs..sobs..

Dan di sebabkan keistimewaan flora mask, Atie nak sangat cuba..



Bagaimana untuk dapatkan GIVEAWAY daripada Ierah Sulaiman ni?


Caranya mudah sahaja:-


1.   Buat satu entry di blog anda yang bertajuk “Ierah Sulaiman bagi FREE Product FLORA MASK  For GIVEAWAY 2016!!!” (Done)


2.      Follow Ierah Sulaiman (Done)


3.   Letak gambar product FLORA MASK. Terangkan secara ringkas sahaja mengapa anda nakkkk sangat   product Flora Mask daripada Ierah. Secara ringkas pun tak ape. Janji cukup syarat. Hihihi


4.      Link kan entry product tersebut ke sini. (Done)


5.    Bila dah publish entry tu, terus tinggalkan link entry korang tu dekat komen Ierah bagi memudahkan Ierah nak tahu sapa yang join. (Taknak tinggalkan entry korang dekat chat ierah tau.. (Done)

TARIKH TUTUP :30 MEI 2016

Thursday, April 7, 2016

Koleksi Kisah Seram : Gangguan Cermin Misteri

Assalamualaikum

Kisah seram yang dikongikan ini adalah kisah benar yang di alami oleh Ina. Perkongsian ini dilakukan oleh kawan Ina supaya kita boleh mengambil iktibar daripada kisah seram ini. Gangguan yang dialami oleh Ina sesuatu di luar jangkaan manusia. Cerita ini berkisar gangguan di rumah kondo yang pernah didiami oleh Ina. Teruskan membaca untuk mengetahui kisah selanjutnya.

Kawan aku ni (aku gelarkan die Ina jelah ye), Ina ni baru pindah dari Puchong ke Mount Kiara. Nama tempat atau alamat aku tak kan nyatakan disini. Harap maaf. Rumah baru dia tu memang cantik dan juga mahal. Dia berpindah ke situ kerana berdekatan dengan pejabat dimana tempat dia bekerja. Rumah dia jenis kondo kot. Aku pun dah tak berapa ingat.

Ina betul-betul gembira lah sebab dah lama dia impikan nak tinggal kat kawasan tu. Hari pertama dia berpindah ke situ dia dapati rumah tu dah siap dengan perabot, senang lah hati dia sebab tak perlu beli semua dah siap tinggal bawak pakaian jelah. Dia pun memeriksa bilik tidur.. Memang cantik sebab katil, almari, meja solek dan meja menulis pun ada. Pendek kata memang lengkap lah kondo tu.

Yang menjadi kegilaan Ina adalah cermin misteri yang berada di tandas biliknya itu.. Memang cantik cermin misteri tu. Mulanya dia nak buang sebab mak dia pernah pesan kat rumah jangan letak cermin banyak-banyak, dia tak tau kenapa mak dia pesan macam gitu kat dia. Tapi kerana cermin tu begitu lah cantik dan menarik minat Ina ni, dia tak jadi lah buang. Cermin tu memang besar sebab dia cakap dengan aku cermin tu boleh nampak satu badan dia. Ok lah tu kan sebab cermin besar tentu harga pun besar kan..

Malam pertama dia tidur kat rumah tu dia dapat rasakan ada benda yang tak kena sebab perasaan dia rasa rumah ni something wrong somewhere sebab dari waktu asar tadi dia tercium bau yang sangat lah busuk. Macam bau tahi pun ada. Puas die cari kat seluruh pelusuk rumah tu tapi hampehhh!! Apa pun tak ada. Rumah tu memang bersih je. Mana pulak datang bau busuk ni ek?? Dia pun bertambah hairan lah sebab bau tu makin lama makin busuk dan buat kan dia tak selesa.

Aku lupa pulak nak inform, Ina tinggal sorang² je kat rumah kondo tu, tu yang bertambah seram si Ina ni. Tapi dia gagah kan jugak diri untuk membaca ayatul Qursi sebab dia memang selalu baca ayat suci sebelum dia tidur. Ina baca 7 kali lepas tu terus tidur.. Bukan hari tu je die bau benda busuk tu tapi hampir setiap hari sehingga die terpaksa pakai mask yang tutup mulut dan hidung tu.

Itu bab bau busuk kan dan yang ini berkenaan cermin misteri yang berada dalam tandas Ina tu pulak.. Dia dapat rasakan sesuatu yang pelik pada cermin misteri ni sebab hampir setiap kali dia melihat cermin tu dia mendapati ada bayangan seorang wanita sedang berdiri disebelahnya!!! Wahhh!! Aku pun takut bila dengar Ina cerita kat aku pasal cermin misteri tu.

Pernah jugak dia bukak cermin tu dan letak kat bilik stor, tetapi sekali lagi Ina terkejut sebab cermin misteri tu boleh berada kat tempat asal tadi!!! Fuhhhhh!! Dia berisghtifar banyak-banyak masa tu sebab memang dia tak pecaya dengan apa yang dialaminya.. Cermin misteri itu juga seperti boleh berkata-kata. Ni aku tak tau lah imaginasi dia atau kisah benar yang dialami Ina.

Kadang² bila tengah malam dia nak pergi tandas, dia macam perasan yang di bahagian tepi cermin misteri tu mengeluarkan darah.. Dengan bau hanyir lagi.. Kerana tak tahan dengan gangguan-gangguan misteri tu, dia pun pulang ke rumah ibunya di Kepong kalau tak silap aku.

Gangguan Sakit Misteri

Sampai situ je dia cerita kat aku. Setelah lebih dua bulan Ina tak hubungi aku, aku pun telefon lah ibu dia nak tanya khabar dia sihat ke tak. Punya lah aku terkejut sebab mak Ina cakap sekarang dia terlantar sakit akibat mengalami sakit misteri. Mengikut kata ibu dia, selepas dia berpindah balik ke umah ibunya itu dia mengalami perubahan yang mendadak.

Ina menjadi semakin pendiam, muram dan cepat marah. Akibat dari sikap ganjil dia tu dia telah diberhentikan kerja. Ditambah pulak dia sentiasa menangis sorang-sorang. Ibu dia pun risau lah sebab dia ni anak tunggal kan.

Yang paling teruk seminggu sebelum aku telefon tu Ina mengamuk macam orang gila dan sering menyebut, "aku takut tengok cermin tu lah!!' Sehingga memaksa ibunya membuang semua cermin di rumahnya. Dah puas ibunya berikthiar untuk berubat tetapi semua gagal dan sia-sia. Sehingga badan Ina ni ditumbuhi bisul yang besar-besar di seluruh badannya.. Sehingga kini aku tak tau apakah sebenarnya yang dialami oleh Ina sehingga dia bertukar menjadi begitu teruk.

Sekarang ni aku dah lama tak dengar berita mengenai Ina lagi.. Aku doa kan dia semoga cepat sihat dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT. Amin. Apa yang terjadi pada Ina memang sangat misteri sehingga ke hari ini… Sekian, terima kasih.

Betul juga kata ibu Ina tu, jangan letak banyak² cermin dalam rumah. Mungkin yang tak eloknya letak cermin banyak² ni nanti asyik nak tengok cermin je. Padahal boleh buat kerja lain selain mengadap cermin je kan. Apa pendapat korang pula menenai kisah misteri yang dialami oleh Ina??


Sumber : Copy Paste


Salam Sayang,
Atie

Tuesday, April 5, 2016

Perginya Si Kucing Kurap

Assalamualaikum

Atie bukan penggemar kucing.. Tapi bukan juga pembenci kucing.. Atie memang x boleh dengan kucing, rasa geli walaupun suka tengok kucing yang comel-comel.. Tengok dari jauh, OK.. Pegang memang x la.. Adik-beradik Atie semua geli dengan kucing, mungkin sebab x biasakan..

Abang Ngah, dulu dia sama je, geli dengan kucing.. Tapi lepas kawen, hilang perasaan geli tu.. Sebab dapat wife giler kucing.. hihihi. Sekarang dengan Abang Ngah skali giler kucing.. Kat rumah dia dah ada ibu sekor dengan 5 anak.. Abang Ngah siap buat sangkar besar lagi untuk kucing-kucing dia.. Memang minat giler dah..

Atie dengan Hajar kadang-kadang ada keinginan juga nak pelihara kucing lepas tengok Abang Ngah bukan main suka kucing.. Mungkin perasaan geli boleh hilang macam Abang Ngah..  Nanti nak mintak seekor dengan Abang Ngah, cuma kitorang takut x mampu nak jaga.. Entah-entah tengok tahi dia pun dah x sanggup.. Ummi dah pesan, x nak masuk campur kalau nak pelihara kucing.. Ala, kalau x bahagian tahi-tahi kucing ni boleh Ummi yang uruskan.. Kitorang main dengan kucing je.. hehehe.


Fayyadh yang suka kucing

Berbalik kepada tajuk, dulu kat rumah Atie ada seekor kucing sesat.. Kucing ni penuh dengan kudis dan kurap.. Memang sangat kotor.. Kitorang memang geli dengan kucing ni. Kucing ni pulak suka main dekat kaki.. Pantang tengok siapa keluar rumah, laju je datang..

Sejak kucing tu ada, memang pintu sentiasa tertutup la.. Kalau nak keluar rumah pun siap bawa spray air.. Bukan nak cederakan kucing tu, cuma x nak dia datang dekat kaki je.. Walaupun semua x suka kucing tu, kitorang memang akan bagi makan.. Kesian dia lapar..

Jujur Atie cakap, memang Atie geli sangat dengan kucing tu.. Nak pandang pun x boleh.. Kadang-kadang terfikir juga nak suruh Abah buang je.. Tapi bila fikir balik, kesian pulak.. Yela selama ni kita bagi kucing tu makan.. Nanti kat luar sana, pandai ke dia cari makan sendiri.. Nanti mati kebuluran pulak.

Pernah 2, 3 kali kucing ni terlepas masuk rumah.. Pernah sekali slumber je kucing duduk atas katil Adam.. Apalagi, menjerit la dia tengok kucing tu atas katil.. Jangan ingat lelaki x jerit.. hihihi. Ummi la penyelamat.. Datang dengan bawa spray air nak halau kucing keluar rumah.. Kalau bukan Ummi, Abah la penyelamat.. Abah kurang geli sikit, dia pegang kucing pakai plastic.. Kucing tu kan penuh kurap, takut kena tangan pulak.

Atas katil Atie pun dia pernah duduk.. Masa balik kerja, x perasan pun dia ada.. Masa nak buka tudung, ada bunyi mendengus, Atie rasa something dah.. Kucing ni dia x mengiau, tapi mendengus.. Sebab tu Atie boleh agak kucing ada dalam bilik.. Sekali pandang atas katil, slumber je dia baring.. Memang Atie lari keluar sambil jerit “KUCING!!”.. Abah datang ambil dan letak luar.. Terpaksa tukar cadar dengan selimut.. Memang rasa geli yang amat sangat..

Walaupun x suka kucing tu, tapi rasa kesian juga.. Kucing tu mati dah.. X tau mati sebab apa, mungkin ada penyakit.. Tapi 2,3 hari sebelum tu tengok dia kurus sangat.. Makan je.. Kucing ni memilih sikit makan, nak makan ayam je, ikan memang tolak tepi.. Mengada sangat.. Lepas kucing tu mati, memang rumah dah kembali aman.. Pintu pun boleh buka seluas-luasnya.. X risau kucing masuk dah.. hihi


p/s : terpanjang pulak.. ada ke orang nak baca panjang-panjang ni??

Salam Sayang,
Atie

Monday, April 4, 2016

Design Baju Kurung 2016

Assalamualaikum

Sekarang dah masuk April, bulan 6 dah puasa.. Semua dah habis ganti puasa ke?? Atie masih berusaha untuk habiskan.. hehehe. Kejap je masa berlalu, pejam celik dah nak Ramadhan.. Rasa macam baru je lagi sambut Raya..

Sebagai perempuan mesti dah ada yang start membuat persiapan raya untuk keluarga.. Kalau yang bujang macam Atie ni, fikir untuk diri sendiri jelah.. Hehehe. Tahun ni Atie ingat nak buat simple je baru raya.. Guna kain kosong je.. Tapi xde idea nak buat style macam mana..

Ada ke siapa-siapa ada idea?? Ada beberapa idea Atie cari dekat internet.. Tapi x pilih lagi..

Atie suka style macam kat bawah ni.. Style macam ni mungkin Atie akan buat.. Tapi baju tu nak labuhkan sikit.. Atie jenis kurus dan tinggi.. Kalau bahagian baju singkat, kemungkinan akan nampak kurus sangat..



1 lagi design x ada idea lagi, kain kosong la.. Kain warna merah, tapi x tau nak match dengan warna apa.. Rasa x nak match dengan hitam dah.. Any ideas?? Design kat bawah ni Atie suka, cuma x confirm nak buat macam mana lagi..

Atie suka simple.. macam ni pun ok kan??





Ingat nak try kain sari this year, tapi sari macam mahal je.. Kalau yang murah, corak dia Atie x suka pulak..

Yang ni ok gak..

Salam Sayang,
Atie

Sunday, April 3, 2016

Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500


Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 | Blogger Utara adalah satu komuniti yang mengumpulkan blogger yang berada di utara semenanjung seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Ahli Blogger Utara terkini adalah seramai 20 blogger dan sebahagian daripada blogger ini merupakan penaja kepada Giveaway Blogger Utara Bernilai RM500 ini . Blogger tersebut adalah 


Bersempena pencapaian 1000 liker di Page Blogger Utara di facebook, beberapa blogger dibawah komuniti ini bersetuju menjadi sponsar sebagai penghargaan kepada sesiapa yang bertuah dengan menyertai Giveaway ini. Hadiah adalah berbentuk wang tunai untuk 20 pemenang bertuah. 

Hadiah Utama : RM100 x 1 Pemenang (Top Referral)
Hadiah Kedua : RM 50 x 4 Pemenang (Random)
Hadiah Ketiga : RM 20 x 5 Pemenang (Random)
Hadiah Saguhati : RM 10 x 10 Pemenang (Random)

Marilah memeriahkan giveaway kami yang bermula 
1 April sehingga 14 April 2016 
dengan klik link di bawah ini

Resepi : Ayam Goreng Ala KFC

Assalamualaikum

Semalam Atie ada buat Ayam Goreng KFC.. Memang sangat sedap..


Ni resepinya...

Perap untuk 1 jam:
1 ekor ayam (potong)
7 ulas bawang putih (tumbuk)
2 sudu besar serbuk cili (nak pedas, boleh tambah)
1 sudu serbuk kari ayam
secubit ajinamoto
secubit soda bikarbonat
garam 2 sudu teh
air sedikit untuk rempah senang di serap

Bahan untuk salut:
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu sebuk cili
garam secubit rasa
secubit soda bikarbonat
1 biji telur

Cara-cara:
  1. Perap ayam 1 jam dengan perapan tadi
  2. Selepas itu pukul telur dan golek ayam dalam telur (untuk senang melekat)
  3. Selepas itu, golek-golek ayam dalam tepung sehingga rata
  4. Akhir sekali, goreng ayam dalam minyak yang banyak (bagi ayam tenggelam dalam minyak)
  5. Boleh dimakan.. Sedapnyaaaa
SELAMAT MENCUBA!!

Salam Sayang,
Atie

Saturday, April 2, 2016

Terkejut tengok gambar

Assalamualaikum

Semalam dalam family group whatsapp, Adam (adik bawah Atie) tiba-tiba hantar gambar baru lepas excident.. Memang terkejut tengok gambar tu.. Yela, dia memang bawa motor.. Untuk excident tu, ada kemungkinan..


Mesti terkejutkan kalau tengok gambar ni.. Tapi dia slumber berchit-chat dalam group tu.. Bila nampak dia cool je dalam group, baru Atie perati betul-betul gambar.. Baju tu sempat selak, kira macam x kena darah pun.. Peliks....

Rupa-rupanya tu dalam kelas.. Adam sekarang tengah kursus pasal kerjaya dia.. X tau la kursus apa.. Kerja dia berlayar berbulan-bulan lamanya.. Bila balik, dia terus ambik kursus.. Dalam kerja dia, kalau rajin ambik kursus dan exam, gaji akan makin mahal.. Sebab tu Adam rajin sangat..

Eh, tercerita pasal kerja dia pulak.. Last-last Adam kena marah dengan Ummi dan Abah sebab main-main dengan benda ni.. Dah buat semua orang risaukan.. Benda-benda macam ni x boleh buat main-main tau.. Takut jadi betul-betul.. 

YaAllah, mintak jauh dari benda-benda macam ni.. Aminnn


Salam Sayang,
Atie

Friday, April 1, 2016

Tukar Mood

Assalamualaikum

Selamat datang ke new blog.. Eh, new template jelah.. hihihi. Tiba-tiba mood mengedit blog muncul dan kembali bersemangat.. Mula-mula ingat nak tukar color theme je, nak jadi biru-biru manja gitu.. Tapikan, ada benda yang Atie x tau nak tukar.. 

Masa mula-mula edit blog dulu, boleh jumpa.. Tapi nak search balik x jumpa dah.. Atie pun x tau dulu Atie ikut tutorial siapa.. Atie try ikut tutorial lain, x jadi la pulak sebab yang lama x delete dulu.. tu yang pening.. Benda simple je, tapi Atie tau sikit-sikit je pasal coding.. Nanti salah edit, error satu blog terus.. Naya tuu..

So, kebetulan Atie godek-godek nak cari tutorial, Atie fikir baik tukar semua terus.. Nanti senang nak edit balik.. Atie apa lagi, terus tukar template jelah.. Memang dah lama nak tukar template, tapi takut semua lari dan x sempat nak kejar.. Tu yang hold dulu.. Malam ni tiba-tiba datang confident yang luar biasa, so apalagi baik terus tukar jelah.. Kalau error, error la.. Nak buat macam mana kan.. Senang je buat keputusankan.. hehehe.

Tiba-tiba berkenan pulak dengan template simple macam ni, memang terus jatuh cinta la.. Cinta pandang pertama la katakan.. Header x ada idea lagi nak buat.. Kena buat simple juga, nak bagi balance.. So, hold dulu sampai ada mood dan idea.. Pakai yang ni buat sementara, lagipun yang ni sesuai juga.. Sangat simple.. I like it!!


Salam Sayang,
Atie