Pages

Sunday, January 24, 2016

Tiada lagi MARA

Assalamualaikum

Pelajar-pelajar terseksa di sebabkan oleh kerajaan.. Dengar cerita MARA telah membekukan pinjaman kepada pelajar-pelajar universiti.. Adik Atie, Azim pun terkena tempias sekali.. Sekarang Azim dah semesta ke 3 di UniKL Melaka.. Azim pun dalam di lema untuk meneruskan pengajian di UniKL atau berhenti dan memohon balik UPU..

Bayangkan yuran UniKL untuk 1 sem RM5700.. Kalau nak biayai sendiri memang x mampu.. Tu baru yuran, belum lagi kos penginapan dan makan.. Kos beli buku-buku dan bengkel belum kira lagi.. Ada pelajar-pelajar yang terpaksa berhenti belajar.. Kesian memang kesian, tapi keadaan terdesak.. Tapi bila berhenti, yuran yang tertunggak masih perlu di jelaskan.. Lebih kurang RM12,000.. Bertambah kesian.. Belajar x sempat habis, tapi hutang dah bertimbun.. Salah siapa??

Azim mungkin akan meneruskan pengajian sehinggalah kerajaan memberi kata muktamad bahawa MARA tidak memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar lagi.. Masa tu kita terpaksa mencari jalan lain.. Tapi Atie masih berharap kerajaan mempertimbangkan dalam isu ini.. Kesian kat pelajar-pelajar yang bersungguh-sungguh nak belajar..

Nak belajar pun x tenang dah sekarang memikirkan kemana hala tuju hidup.. Tapi belajar Lillahi Taala.. InsyaAllah di permudahkan..

Semoga semua di permudahkan


Salam Sayang,
Atie

Thursday, January 21, 2016

Koleksi Kisah Seram : Misteri Wad Bersalin

Assalamualaikum


Assalamualaikum, ni satu kisah seram daripada saya. Masa ni lepas habis study. Saya di tugas kan kat hospital bahagian wad bersalin. Terpaksa dirahsiakn. Sebab takut nanti kena saman.
Masa tu saya ingat lagi. Malam tu saya ditugaskan di wad bersalin. Wad bersalin ni ada satu lorong sahaja. Bila kita jalan sepanjang lorong tu. Ada bilik untuk yang kelas 2. Di sebelah kanan kalau jalan terus lagi ada wad wing A dan sebelah kiri wing B.

Malam tu saya kerja kat wad bersalin kelas 1 dan kelas 2. Saya masuk kerja pukul 8. Dah habis briefing semua dan saya rutin check semua pesakit. Adalah seorang patient ni. Dia suka berjalan. Saya tegur dia. Saya cakap rehat ibu mengandung tak boleh berjalan jauh². Nak pula dia tengah sarat mengandung dan berisiko. Dia suka datang kat kaunter tempat saya dan kawan² duduk situ. Nak buat kerja kena tulis report semua. Kawan saya tengah bagi susu kat bayi yang baru lahir. Dia berborak dengan kami semua.

Nak dijadikan cerita, sepanjang dalam wad bersalin tu akak ni suka sangat sembang dengan saya. Dia suka cakap muka saya macam adik dia. Saya cakap, “ye ke..” Saya senyum je lah. Malam tu saya check dia. BP dia ok, semua ok. Bila saya check dia sebelum² ni selalu dia makan limau. Saya tanya dia, “kenapa suka makan limau..” Dia cakap memang buah ni buah kesukaan dia. “Nak limau x??” Tapi saya tak nak sebab saya tak suka. Dia hanya senyum je kat saya..

Esok kebetulan masa shift saya tu dia sakit nak bersalin.. Saya check baru buka 2 cm.. Kena tunggu lagi 3, 4 cm bru boleh hantar ke labour room.. Kebetulan pula saya punya shift dah habis. Esok tu saya cuti tiga hari sebab abang saya kahwin.. Lepas naik cuti tu patut saya naik petang.. Tapi dek kerana kawan saya ni ada kecemasan, saya kena ganti dia masuk shift malam…

Macam biasa saya akan rutin check semua pesakit dalam wad bersalin tu sebelum pukul 12 malam sebab tak nak menganggu diorg rehat.. Saya tertanya-tanya jugak, mana akak yang selalu berborak dengan saya ni. Mungkin dah keluar wad bersalin kot. Saya pun tak tanya kawan saya. Saya tengah dok kumpul tiket semua sambil dengar lagu manakala kawan saya pulak duduk kat bilik rehat tengah membaca novel.. Sebab kami ni kerja tak boleh tidur.. Nanti jadi apa² kami yang kena.. Sebab tu nak hilang kan mengantuk kami baca buku atau berborak.

Saya pun duduk la check tiket. Tengah kusyuk menulis, tiba² akak tu muncul.. Saya terkejut jugak.. Dia tegur. Saya cakap kat dia, “erk akak ada lagi ke?? Saya ingat kan dah keluar. Macam mana bersalin?? Ok tak??” Akak tu hanya senyum je kat saya.. Tapi muka dia agak pucat sikit. Tiba² dia cakap, “nak limau tak?” Saya cakap, “Tak apa lah kak, saya tak berapa nak makan sangat limau ni.. Akak makan lah.” Dia tanya saya lagi, “nak limau tak?” Dekat tiga kali saya tolak pemberian akak tu.. Akhirnya saya amik jugak sebab kesian kat dia asyik pelawa saya dari tadi.. Saya tanya dia, “akak dah tukar wad ke? Tak nampak pun tadi.” Dia geleng kepala je…

Tiba² ada bayi menangis.. Kawan saya ni tugas dia memang bagi bayi minum susu sebab saya tengah tulis report.. Tengah kawan saya buat susu tu kat pentry, saya masih tengah pelik lagi dengan akak ni.. Selalunya dia ni peramah, ada je benda nak cerita kat saya.. Malam ni dia lain sangat.

Kawan saya ni bila saya pandang dia asik berkerut dahi tengok saya.. Saya pun pelik jugak lah.. Kenapa la kawan aku ni.. Sekali tu akak tu jalan. Dia lambai tangan kat saya.. saya pun senyum.. Lepas tu kawan saya tepuk saya dari belakang.. Dia cakap, “woi apasal mu senyum.. mu bergayut ke??” Saya cakap, “tak lah. La hang ni buta ke?? Kan aku tengah berbual tadi..” Kawan saya cakap, “dengan sapa?” Dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa².. Yang ada pun senior jururawat lain tengah jalan sambil tengok report. Semuanya ada kerja masing² masa tu..

Kawan saya cakap, “mu ni biar betul.. Mu sembang dengan sapa??” Sambil dia tengok sepanjang koridor tu tak ada sapa.. “La aku sembang dengan akak yang suka makan limau tulah.” Kawan saya terus pucat muka dia.. Masa tu ada bayi kat wad bersalin tu. Ada lah dekat 4 orang bayi.. Semua menangis.. Tiba² saya rasa meremang bulu roma saya.. Saya bagi semua bayi tu diam dan senior jururawat datang tengok sebab bayi tu menangis macam takutkan sesuatu.. Saya jadi macam terkejut kenapa semua bayi ni menangis serentak.

Lepas kejadian misteri tu, kawan saya ni.. Tarik tangan saya masuk bilik rehat.. Kawan saya cakap, “betul ke mu sembang dengan akak tu??” Saya cakap, “betul la, kenapa? Mu tak nampak ke??” “Macam mana aku nak nampak aku, ingat mu tengah bergayut.. Aku tak peduli la.. Lepas tu aku tengok mu pulak asyik tengok atas macam tengah sembang dengan orang.. Mu cakap sorang² mu tahu tak..” Saya cakap, “ya ke.. Biar betul..” Kawan saya cakap lagi, “mu agak² la.. Akak limau tu lepas dia bersalin tu, uri dia lekat kat dalam. Dia meninggal lepas bersalin mu tahu tak.” Saya terus istighfar banyak²..

Memang terkejut sangat. Sepanjang malam

Sumber : Copy Paste


Salam Sayang,
Atie

Wednesday, January 20, 2016

Wordless Wednesday #9 : Betul ke ni Saga baru?

Assalamualaikum




Cantikkan?? Jom beli.. hihihi


Salam Sayang,
Atie

Tuesday, January 19, 2016

GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle

Assalamualaikum

Klik Banner untuk join!

SYARAT PENYERTAAN

  1. Follow Blog "Wajib" - http://mezquitalifestyle.blogspot.my/ and Copy banner diatas
  2. Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY January 2016 By Mezquitalifestyle " dan nyatakan penambahbaikan blog aku ni tau. 
  3. Tinggalkan URL dalam ruangan Komen Entri.
  4. GiveAway adalah bermula dari 17 / 01 / 2016 sehingga 23 / 01 / 2016 (11.59pm)
  5. Pengumuman pemenang berdasarkan Random.Org pada 25 / 01 /2016

p/s: Bagi Atie, blog ni dah ok sebab simple dan colour pun very nice.. Atie suka benda yang simple-simple.. hehehe. Cuma font untuk title je kena tukar sebab susah nak baca.. itu je.. Very nice blog

Monday, January 18, 2016

Sunday, January 17, 2016

Over Protective

Assalamualaikum

X tau kenapa Atie memang pantang orang buli Tasneem.. Hari tu, Tasneem cerita masa kat sekolah ada orang kacau dia.. Rampas mainan dia.. Bila kawan rampas mainan dia, dia main mainan yang lain.. Aduh~ kesiannya.. Dia langsung x melawan..  Bila Atie dengar je, tiba-tiba rasa geram.. Kesian kat Tasneem, x ada orang protect dia.. Sedih tiba-tiba.. hehee.. 

Kalau kat rumah Atie, siapa-siapa yang kacau Tasneem memang Atie marah.. Kalau sikit-sikit sekadar bergurau tu x apa la.. Kalau memang nak buli, memang Atie pantang.. Sayang sangat kat Tasneem kot.. Sebab tu, kalau kat sini Tasneem selalu je mengadu kat Atie kalau siapa-siapa kacau dia.. 

“C.chik, tengok C.su buat Tasneem” macam tu la biasa kalau dia mengadu..

Atie bukan nak terus backup Tasneem, kalau memang salah dia Atie marah dia juga.. Dia buat orang dulu ke, Atie marah dia juga.. Tapi biasa memang dia yang kena buli.. Hati lembut sangat kot.. Adik dia kacau pun, Atie marah.. Hahaha. Tapi memang Adik dia suka buli.. Tengok Kakak main Tablet ke, mesti nak juga.. Adik kalau nak benda tu, bukan nak mintak baik-baik, tapi terus rampas.. Tu yang Tasneem asyik melalak je.. Kalau buat depan Atie, memang Atie marah Adik tu.. Bukan x adil, tapi tengok siapa yang salah..

C.Chik sayang semua.. Sayang Tasneem, Dalysa dan Fayyadh.. Jangan buli orang dan jangan jadi mangsa buli.. Melawan bila perlu.. Hehehe



Salam Sayang,
Atie

Saturday, January 16, 2016

Kelebihan dan kebaikan Lemon

Assalamualaikum



Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.

Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu

Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.

Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati

Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?

Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Lain-Lain Keistimewaan Lemon:

Menghilangkan acne

Lemon mengandungi citric acid yang sangat berkesan dalam merawat acne. Vitamin C yang dijumpai dalam lemon ini adalah sangat penting untuk kulit yang sihat dan bersinar

Caranya:

Dengan menggunakan jari atau cotton ball tu, letakkan sedikit jus lemon ke tempat acne tu dan biarkan semalaman. Bilas pada esok pagi. Mula-mula memang rasa pedih tapi bila dah selalu buat dah tak rasa apa

Campurkan satu bahagian lemon yang telah diperah dengan satu bahagian madu. Letakkan campuran ini dikawasan acne tersebut dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam. Bilas dengan air. Lakukan dua kali sehari (satu awal pagi, satu lagi malam)

Tapi kalau acne ni dah teruk atau ada luka, mintak nasihat dari doctor sebelum memulakan rawatan ye.

Menghilangkan rasa takut dan cemas

Kajian membuktikan lemon balm mempunyai effect menenangkan dan seterusnya boleh menghilangkan keletihan, kelesuan, penat, pening, rasa cemas, takut dan stress.

Lemon oil juga dipercayai dapat meningkatkan konsentrasi dan kepekaan. Sebab tu lah banyak kita jumpa air freshner berbau lemon kan?

Caranya:

Kalau stress, percikkan beberapa titisan lemon balm essential oil atas sapu tangan dan hidu.

Tiada lagi ulser mulut 

Sifat antibacteria dan antiviral lemon dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut ni

Caranya:

Campurkan lemon yang telah diperah dengan air suam dan kumur dengan solution ni at least 3 kali sehari. Mula-mula memang rasa pedih tapi lama-kelaman nanti dah tak rasa apa

Bye-bye demam

Selain dari rawatan demam yang pernah saya kongsikan sebelum ini, ada cara lain untuk merawat demam bagi orang dewasa.

Caranya:

Campurkan sebiji perahan lemon dengan secawan air panas yang telah dicampur madu. habiskan pada waktu tu jugak, tak perlu simpan-simpan.

Minum setiap 2jam sehingga demam tiada lagi!

Selesema dan Sakit Tekak

Bila kita selesema ni, lemon sangat membantu sebab ia boleh merawat secara dalaman dengan membekalkan Vitamin C yang diperlukan kepada sel pertahanan badan dan secara luaran melalui sifat antiviralnya untuk membunuh virus pada mucous (kahak/hingus) dalam hidung dan tekak

Caranya:

Campurkan sebiji lemon yang telah diperah dengan air suam dan minum setiap 2jam
Sekiranya sakit tekak, tambahkan 1 sudu kecil garam laut (5ml) ke dalam 1 cawan air suam dan 1 biji perahan lemon. Berkumur sampai ke tekak 3 kali sehari selama 1 minit untuk setiap sesi.

Kalau ada tonsil, berkumur setiap 2 jam sekali selama 30saat dengan sebiji perahan lemon. Dongak sedikit bagi membolehkan sifat antibac dan antiviral lemon ni bertindak pada tekak. Lepas tu telan la jus ni untuk membolehkan sifatnya yang boleh boost immune sistem ni pulak bertindak dalam badan

Merawat kutil dan ketuat (corn and calluses)

Caranya:

Letakkan potongan lemon setebal 5mm pada kutil dan balut dengan kemas.
Biarkan semalaman.
Sapukan kawasan yang dijangkiti dengan lemon essential oil yang pekat dan belum dicairkan juga membantu proses penyembuhan.
Sapu dengan cotton ball atau Q-tip untuk mengelakkan dari terkena kawasan yang tidak dijangkiti.
Merawat Eczema

Lemon Wrap mungkin dapat membantu anda yang terkena jangkitan kulit

Caranya:
Tambahkan 8 titik lemon essential oil kepada 1 cawan (250ml) air suam and 1 sudu besar (15ml) madu. Madu juga mempunyai kesan anti radang dan menguatkan lagi healing power of lemon tadi

Rendamkan kain ke dalam campuran tadi, perah, dan letak kain tu di kawasan jangkitan selama 15 minit, 2 ke 3 kali sehari

Bukan sahaja mengurangkan jangkitan, malah mengurangkan perasaan ingin menggaru.

Merawat Keletihan

Sekiranya kita letih sangat-sangat, especially kepada world traveller.

Caranya:

Cucuk lemon dengan straw dan sedut je. Ini boleh menjadi ubat dan pada masa yang sama sebagai refreshment
Tambahkan lemon pada air minum biasa, ia boleh menjadi antiseptic dan mengelakkan penyakit akibat allergy pada sumber air minum yang berbeza-beza
Lemon oil juga boleh merangsang brain activity. Jadi bila rasa letih, tambahkan 4 titik lemon oil kepada bekas aromatherapy yang telah diisi air
Ataupun minum segelas air lemon selang beberapa jam

Hypertension

Bawang putih, bawang merah dan lemon apabila bergabung boleh melawan hypertension.

Caranya:

Tambahkan 3 crushed bawang putih dan 1 chopped onion kepada 1liter susu rendah lemak ataupon susu soya
Reneh atas api selama 5 minit
Tapiskan dan sejukkan
Tambahkan 3 biji perahan lemon dan minum sepanjang hari
Dan sekiranya ada penghidap kolestrol tinggi, kuasa pectin yang ada dalam lemon boleh merendahkan kolestrol, InsyaAllah

Melegakan sengatan serangga berbisa

Caranya:

Sekiranya penyengat masih ada, amik tweezer dan tarik dia.
Urut di tempat yang terkena gigitan tu dengan 1 atau 2 titis lemon oil, campurkan dengan 1sudu sudu kecil madu

Untuk buat insect repellent, tambahkan 20 titis lemon oil kepada 1 cawan (250ml) air dan spray ke udara. Dah la berbau wangi, siap boleh halau serangga lagi

Ataupon boleh juga rendam cotton ball dalam lemon oil dan letak je dalam bilik
Sekiranya nak buat aktiviti di luar rumah, boleh sapukan kulit yang tak ditutupi baju dengan lemon oil ataupon boleh sapukan dengan 1/2 oz sunflower oil yang telah dicampurkan dengan 10 titisan lemon oil

Menidurkan Insomnia

Kajian menunjukkan lemon balm yang digabungkan dengan beberapa calming herbs seperti chamomile dapat mengurangkan keresahan dan membantu untuk tidur.

Dalam kajian ini 18 orang volunteers menerima 2 single dosage lemon balm extract ( 300mg dan 600mg) selama 7 hari. 600mg dose of lemonbalm meningkatkan mood dan meningkatkan ketenagan dan kepekaan

Menyelamatkan perut

Setiap kali makan, minumlah sebiji lemon yang diperah kedalam air suam.
Asid pada lemon akan merangsang penghasilan asid dalam perut dan aktiviti otot perut
Selamat tinggal Varicose Vein!

Caranya:

Tambah 6 titis lemon oil kepada 50ml wheat germ oil, 2 titis cypress dan 2 titis juniper oil
Gunakan campuran ini setiap hari untuk mengurut kaki dari bawah ke atas, in the direction of the heart

Untuk mandian yang menyegarkan urat dan badan, campurkan 8 titisan lemon oil kedalam air mandian yang suam. Tambahkan juga 4 titisan cypress oil yang di blend dengan 1 sudu besar (15ml) madu. Berendam selama 15 minit. dah sudah tu jangan lap badan tapi tekap-tekap je badan tu dengan tuala.

Menghilangkan kesakitan

Amalkan meminum sebiji lemon yang diperah kedalam air suam 3 kali sehari. Sekiranya sakit yang teruk, letak 2 biji lemon untuk minuman 3 kali sehari

Lemon oil mempunyai sifat melegakan kesakitan. Jadi untuk mengurangkan kesakitan, urutlah dibahagian yang sakit itu dengan beberapa titisan lemon oil dicampur dengan 1 sudu besar (15ml) jojoba oil

Menghilangkan nafas berbau!

Lemon boleh membantu menyegarkan nafas terutamanya selepas makan, ataupon selepas merokok ataupon air liur yang tak cukup ke.

Caranya:

Berkumur dengan sebiji perahan lemon yang dicampur dengan segelas air suam
Ataupon kunyah lemon slice setiap kali lepas makan.



Salam Sayang,
Atie

Friday, January 15, 2016

Kongsi Ilmu : Kesyukuran dan Kecukupan

Assalamualaikum

Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon dijawab dgn jujur di dalam hati masing-masing..

1. Allah menciptakan tertawa dan ______
2. Allah itu mematikan dan ______
3. Allah menciptakan lelaki dan ______
4. Allah memberikan kekayaan dan ______

Kebanyakkan kita tentu akan dapat jawab dgn mudah iaitu :
1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan
Tapi bagaimana no.4?

Adakah jawapan kita "kemiskinan"???

Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah SWT di dalam Surah An-Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai rujukan:

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
(Surah An-Najm : 43).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan."
(Surah An-Najm : 44).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan
lelaki-lelaki dan perempuan. "
(Surah An-Najm : 45).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan."
(Surah An-Najm : 48).

Ternyata jawapan kita semua betul dalam memberi jawapan dari no. 1-3, tetapi untuk jawapan untuk no. 4 ramai terkeliru dgn apa yg Allah SWT janjikan.

Jawapan Allah Ta'ala dalam al-Qur'an bukan "kemiskinan", tapi KECUKUPAN.

Subhanallah..

Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yg "menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yg sentiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin!

Jadi, marilah kita bangkitkan rasa kesyukuran dan kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita menjadi hamba-Nya yg selalu bersyukur.

Thursday, January 14, 2016

Koleksi Kisah Seram : Rumah Sewa RM50 Seksyen 2 Shah Alam

Assalamualaikum


9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UITM Shah Alam. So, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal kerana aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keperihatinan yang ada pada aku dan kawan-kawan, maka kami berjaya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].
Rumah itu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik di atas dan 1 bilik bawah. Kitorang berlapan, maknanya 2 orang bagi satu bilik. Aku ringkaskan saja la, kitorang masuk rumah itu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas dan takut semua ada.
Pertama, tuan rumah hanya minta RM50 sahaja sebagai deposit dan sewa pertama hanya perlu bayar apabila masuk bulan kedua. Kiranya bulan pertama free la… [?]
Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya…
Ketiga, pokok Ara tepi rumah itu besar sangat sampai dahannya boleh masuk ke dalam tingkap bilik atas.
Malam pertama, kami tidak dapa tidur kerana sibuk punggah dan kemas barang sambiil layan DVD Korea. Gangguan seram bermula pada hari kedua. Tak perlu tunggu malam, siang hari pun kami sudah dikacau. Azmi “dagu” merupakan orang first yang kena.
Masa itu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun untuk membuang air besar. So, dia pergi la toilet bawah tapi dalam toilet seperti ada orang [sbb pintu tertutup]. Toilet atas pula rosak, tuan rumah kata nanti dia akan baikikan. Tunggu punya tunggu, tak kuar-kuar orang dalam tandas. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikitt keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apahal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu siapa yang berada dalam tandas? Pintu toilet pula berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi… Dalam ramai-ramai, Lan seorang saja yang berani sikit [mungkin sebab dia ni keturunan Bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Takada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last-last si Azmi tak jadi berak… Mungkin pasal takut kot.
Malam tu kitorang kena lagi teruk.
Masa aku nyenyak tidur, tetiba ada orang tarik dua-dua belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu pada lantai!! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak buat pedajal dekat aku tapi bila aku bangun tak ada orang pula. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta di katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD di hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab still bingung tp baru aku terperasan masa ak tengah jengok ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah…
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang sudah retak-retak dan automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang teramat.
Masa ni korang jangan tanya apa aku buat sebab kalau benda ni jadi pada korang pun takkan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar dari bilik tu dan pergi ke hall sebab nak bagitahu member-member aku la kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku seorang pun dah tak ada di hall. Nak tahu diorang di mana? Semua dah duduk di luar rumah!! Rupanya diorang awal-awal lagi dah kena kacau. Yang lakhanatnya, tak ada seorang pun kejutkan aku… Taik betul diorang ni.
Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang cina. Last-last Salleh ajak lepak restoran Hakim saja sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelikat saja. Mahu tak mahu terpaksalah juga kitorang masuk ruma tu balik sebab nak ambil seluar, wallet dan kunci motor.
Oleh sebab bilik si Bob dengan Naim saja yang berada di bawah, maka kitorang decide untuk pinjam baju and suar dia. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Wallet aku pun tinggal. Masing-masing pakat guna duit Naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut pada dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak pula perasan ada budak perempuan di pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan pada dia. Yang aku pula boleh terperasan budak tu juga sebab aku tengok muka Wak dah kejung campur pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak terkincit dalam suar la… Kepala lutut aku menggigil sampai di restoran Hakim!!!
Setibanya kitorang di restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 pagi lebih, dia sibuk download lagu tetiba ada bunyi macam orang baling batu pada tingkap bilik dia. Bila dia jengok, dia nampak ada seorang perempuan duduk di atas pokok kayu Ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan, koyak-koyak dan rambut panjang. Yang sadisnya, perempuan hodoh tu boleh senyum pula pada dia. Wak ni apa lagi tutup tingkap bilik dia dan terus keluar untuk pergi ke bilik aku kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pula duduk depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. So, dia ambil keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.
Azmi “dagu” pula cerita yang dia nampak ada budak perempuan lambai tangan pada dia [yang ni, aku pun kena juga ok]. Aku confirm yang budak ni buhkan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!! Sam pula cerita dia nampak hantu tu pada siling rumah! Bila buka mata saja, hantu tu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya masing-masing semua kena kacau la ni. Dan aku orang last yang cerita.
Aku cakap la yang aku kena tarik dua-dua kaki masa tidur sampai kepala aku terhentak pada lantai. Lepas itu aku cakap la yang aku nampak diorang tengah layan DVD di hall tapi si Azmi tetiba nyampuk “bila masa pula kitorang tengok DVD ni?”. Rupa-rupanya tak ada seorang pun yang tengok DVD pagi tu!! Dah tu, siapa yang aku nampak? Haru betul… Kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat menggigil.
Tengah sibuk-sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak. Member-member aku yang lain pun bau juga. Rupanya si Azmi terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang di Restoran Hakim tu. Malu betul. Aku pula boleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk-sibuk cerita seram terus jadi cerita kelakar pula.
Tengah sibuk-sibuk ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh dengan Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang saja yang bawa HP, so kitorang try call Naim tapi tak ada orang angkat. Try call Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Then, Lan ambil HP Bob, dia baca apa entah agaknya, lepas tu dia suruh Bob call Naim lagi sekali. Bob call dan buka loud speaker. Korang tahu apa jadi? Ada suara perempuan mengilai. Gila-gila punya ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last-last kitorang sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah tu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan ngilai pada HP tu, tak ada seorang pun di antara kitorang bercakap… Sampai Subuh!!
Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor HP Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?
Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.
Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.
Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh.
Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Cisss……
Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?
Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..
Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah
Opps.. Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal HP dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil HP tu tapi itu pun kalau korang berani la… Nokia 3310

Sumber : FB


Salam Sayang,
Atie

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH

Assalamualaikum

Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016


NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI
 (9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)


PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)

Wednesday, January 13, 2016

Wordless Wednesday #8 : Baru Tahu

Assalamualaikum

Kalau tukar-tukar kereta selalu je tercari-cari untuk pam petrol.. Rupanya tu tanda dia.. kihkihkih

Monday, January 11, 2016

Gelagat Client

Assalamualaikum

2 hari ni Atie stress je nak hadap client yang sorang ni.. Macam-macam alasan bila nak suruh bayar.. Company Atie start buat project dengan dia dari bulan 5 lagi.. 

Dia nak buat website untuk middle package.. Deposit laju je bayar.. Ok, happy je sebab client ni senang nak buat payment.. Tapi jangan terpedaya, rupa-rupanya ni la client paling teruk sekali..

Biasanya tempoh nak siapkan website paling lama 1 bulan.. Kalau client dapat sediakan maklumat dengan cepat, lagi cepat dapat siapkan.. Kami biasanya akan siapkan dalam tempoh yang telah di janjikan..Tapi 1 client ni, nak tunggu bagi gambar dan maklumat pun dah berbulan-bulan.. Bila website dah siap pada bulan 11, kami akan bagi training untuk handle website tu.. Bila semua dah settle, final payment perlulah di settlekan cepat-cepat.. Nak close case dah kan..

Tunggu punya tunggu, baru semalam bagi cheque.. Tu pun PD Cheque.. Stress betul.. Sebelum ni macam-macam alasan bagi.. Boss dia x tengok lagi la website.. Ada nak tukar sikit-sikit la.. Sebenarnya, dalam bulan 10 lagi kita dah suruh tengok website tu.. Kalau ada apa-apa lagi nak tukar or nak tambah.. Kami bagi tempoh yang lama dah untuk tengok dan nilai.. Bila staf dia bagitau boss dia cakap OK, kami terus tutup case, bagi trainning and tunggu payment.. Bila semua dah settle, baru nak tukar itu, nak tukar ini.. Siapa x bengang..

Ok la, customer always right.. So, kami ubah mengikut kehendak dia.. Bila dah settle, mintak nak suruh trainning lagi staf dia yang lain.. Kalau ikut perjanjian, kami dah bagi training.. Tapi x pe la.. Nak cepat-cepat settle kan, so kami bagi training lagi..

Ok, semua dah settle.. Kami nak final payment.. Boss dia cakap, tunggu staf dia masukkan semua gambar-gambar project terbaru ke dalam website.. What!!?? Yang tu memang nak marah sangat.. Sebab pihak kami dah settle semua.. Yang masukkan gambar tu, staf dia boleh buat dari masa ke semasa..

Selepas 3 hari pergi buang masa kat office client tu, semalam dapat la payment PD cheque.. Xpe la, asalkan dah settle.. 3 kali Atie pergi office dia, memang untuk lepak je lah.. Boss dia janji nak jumpa, bila pergi dah keluar.. Lupa pasal appointment.. 3 kali macam tu la.. Stress

Mula-mula kami buat project dengan client ni, kami baru tahu client ni memang susah sangat buat payment.. Akhirnya terbukti juga.. 

Luahan perasaan mangsa keadaan.. Hahaha


Salam Sayang,
Atie


Friday, January 8, 2016

Kongsi Ilmu : Jalan Ke Syurga Bermula Di Rumah

Assalamuaalaikum

Rumah adalah antara nikmat Allah terbesar.Allah sendiri mengingatkan:"Allah menjadikan rumah-rumah sebagai tempat bertenang untuk kamu."( al-Nahl 16:80)
Namun tidak semua merasakan begitu.Sebaliknya ramai yang mengeluh.Walhal orang yang tidak bersyukur jiwanya sempit.Maka dia akan merasakan sempitnya kehidupan. Duit yang banyak dirasakan tidak cukup-cukup.Dikelilingi kemudahan pun masih dirasakan payah.Apa lagi rumahnya yang luas pun pasti dirasakan sempit.Luas-sempit atau selesa-rimasnya sesebuah rumah bukan hanya berkaitan keadaan fizikalnya.Sering kali hal ini berkaitan selesa atau rimasnya si penghuni rumah dengan Allah.Orang yang bersyukur pasti merasakan rumahnya luas walaupun rumahnya tidaklah sebesar mana.
Jiwanya luas.Maka luaslah dirasakan kehidupannya." Alhamdulillah, saya ada rumah."

Rumah yang hakiki bukanlah dibina dengan kuantiti harta tetapi dengan kualiti jiwa.Itulah tempat yang terbaik yang kita rindu untuk berada di dalamnya.Lihatlah istana dan vila milik selebriti,penguasa dan hartawan terkenal dunia.Semuanya serba lengkap,canggih dan mewah.Namun, disana tidak ada ketenangan sehingga para penghuninya terpaksa bergantung pada arak dan dadah untuk mengubat hati yang gundah.

Rumah kita di dunia hanya tempat persinggahan untuk sementara. Namun bagi orang beriman,ada"syurga yang disegerakan" yang mesti dinikmatinya sebelum menikmati syurga yang kekal abadi di akhirat nanti.Ertinya,jalan menuju syurga disana bermula dari sini.Rumah kita di dunia inilah seharusnya menjadi tempat kita menjana semangat,membina ibadat dan membangunkan ketakwaan bagi mendapat syurga hakiki.
Sebagaimana rumah ialah nikmat di dunia,rumah juga nikmat yang ditawarkan Allah di syurga. Sebagaimana dapat memiliki lebih daripada  sebuah rumah ialah nikmat bonus di dunia,begitu juga Allah menawarkan pelbagai skim untuk kita menambah rumah di syurga. Usah lepaskan peluang ini.

Rumah ialah nikmat.Namun tidak ramai yang merasakan begitu melainkan mereka yang tiada atau kehilangan rumah.Di rumahlah kita berehat daripada kepenatan,berkumpul bersama keluarga dan kenalan,berteduh daripada hujan dan panas serta berlindung daripada bahaya dan khianat.Dimana lagi tempat kita merasakan kemanisan hidup berkeluarga jika bukan di rumah?Dimana lagi tempat kita merasai kemesraan dengan adik-beradik mahupun teman- teman jika bukan di rumah? Dan jika bukan di rumah,dimana lagi jika dapat bangun solat Subuh,Isyak dan qiamullail sambil merasakan manisnya mengadu kepada Allah?
Dalam kita mengeluh setiap kali membayar duit rumah,ada orang yang bersyukur sungguh tatkala temui kaki lima kosong untuk bermalam.Dalam kita muak dengan meja makan dan sofa lama,mereka cukup sayang dengan kotak dan surat khabar,disimpannya baik-baik supaya boleh dijadikan tilam pada malam nanti.
Dalam kita rasa terganggu dengan kebisingan anak-anak dan leteran isteri mahupun suami,ada orang merintih jiwa untuk kembali ke sisi keluarga.
Antara mereka ada yang terpenjara,ada yang menjadi pelarian dan ada yang bekerja di tempat orang.
Orang yang bersyukur pasti merasakan rumahnya luas walaupun rumahnya tidaklah sebesar mana.Jiwanya luas.Maka luaslah dirasakan kehidupannya.
"Alhamdulillah, saya ada rumah."

Wallahu A'lam


Salam Sayang, 
Atie

Thursday, January 7, 2016

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

klik untuk join
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist

Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini
Senarai Hadiah Hebat
Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula
Senarai Peserta Hebat

Koleksi Kisah Seram : Psycho itu Kawan Aku

Assalamualaikum













Sumber : FB


Salam Sayang,
Atie

Wednesday, January 6, 2016

Wordless Wednesday #7 : Giler Bola

Assalamualaikum

Nak bola mana yea.. Fayyadh pening ni..

Tuesday, January 5, 2016

Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join sekali)

Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent dianjurkan oleh Mohd Noor Shawal dan dibawakan bersama-sama dengan Yuha Adie , Ct Roxalynna NH , Najwa Zahid , Masita Eyta & Nur Huda.

Tarikh Tamat : 15 Januari 2016

Tanda Tangan di Wang Kertas

Assalamualaikum


Semua perasan tak, tanda tangan di wang kertas keluaran BNM?? Atie dulu langsung tak ambil tahu.. Nilai wang tu yang paling pentingkan.. hahaha. Rupanya wang kertas telah di tanda tangan oleh 6 orang Gabenor.. 

Sekarang Atie dah tahu serba sedikit pasal wang kertas keluaran BNM. Abang Ngah Atie pengumpul tegar wang-wang yang unik ni.. Macam-macam keunikan yang orang cari. 

Contohnya macam RM1 yang di tanda tangan oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman. Pasti ada orang cari, tetapi kalau ada pun pasti yang palsu sebab memang tiada keluaran oleh bank Negara Malaysia. Jenis ini diperlukan oleh pengumpul matawang kerana set tak lengkap tanda tangan tepi oleh  Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman iaitu RM100, RM50, RM10,RM2. Yang tiada adalah RM1 dan RM5. Memang rare kalau siapa ada koleksi ni.


1 lagi keunikan yang Atie tahu pasal pengumpul duit ni ada serial number pada wang kertas tersebut.
Makin cantik number tu, makin bernilai duit tu.. Mungkin harga mencecah ribuan ringgit.


contoh

Kualiti wang kertas itu sendiri juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan nilai wang tersebut. Walaupun sesetengah wang sudah berabad lama, korang boleh jumpa lagi kualiti wang tersebut dalam keadaan tip top. Nilai wang mungkin lagi tinggi jika ada keunikan wang tersebut di tambah dengan kualiti wang tersebut dalam keadaan sangat baik.

Tu antara serba sedikit Atie tahu pasal pengumpul wang kertas unik. Atie nak kumpul sendiri memang tak la, kurang minat.. Tapi setiap kali dapat wang kertas, Atie akan cek serial number bagi pihak Abang Ngah.. Adik yang baikkan.. Hehehe


Salam Sayang,
Atie

Monday, January 4, 2016

Tasneem ke Sekolah

Assalamualaikum


Dah besar Tasneem, 4 tahun dah.. Kejap je masa berlalu.. Semalam Tasneem dah masuk sekolah Little Caliph.. Excited sangat dia dapat pergi sekolah.. Budak-budak kan, semangat membara nak berkawan dan bermain bersama.. hehehe. Kat rumah main dengan adik je.. Sekarang kawan pun dah ramai..

Mommy dengan Abi hantar tepi pintu pagar sekolah je, lepas tu terus Tasneem ikut Cikgu masuk kelas.. Good Girl sangatt.. C.Chik pun excited tengok Tasneem masuk sekolah.. Tapi yang sedihnya, bila Tasneem dah masuk sekolah, peluang nak selalu balik kampung pun susah dah.. Kena tunggu cuti sekolah, tu pun kalau Abi x kerja kan.. Sedih~

Tapi x apa, yang penting Tasneem dah masuk alam baru, dunia persekolahan.. Harap Tasneem sentiasa gembira dan belajar rajin-rajin yea.. Harap rasa excited nak ke sekolah kekal la sampai bila-bila.. Jangan separuh jalan je.. hikhik.

Kesian kat Adik pulak.. x ada kawan nak main kat rumah.. Masa hantar Tasneem, Adik yang nangis, Kakak relex je.. Rindu Kakak ler tu.. kihkihkih. Sambil tunggu kakak balik sekolah, asyik tengok gambar kakak je.. Lepas tu asyik tanya bila nak pergi ambil Kakak.. Kesian Adik, kesunyian dah..

Atie yang terlebih excited.. Macam anak sendiri yang pergi sekolah je.. Hihihi



Salam Sayang,
Atie

Sunday, January 3, 2016

Kena hantar Report dah

Assalamualaikum

Berakhir je bulan 12, stress pun datang.. Hahaha. Bukan sebab nak masuk tahun baru, tapi sebab kena hantar account report ke Mdec.. Report kena hantar 3 bulan sekali.. Last report bulan 3 nanti..

Stress kot setiap kali nak hantar report.. Lagi stress hantar report dari kena audit.. Tersilap sikit, yang akan datang pun akan ada salah.. Biasanya yang paling stress Final Report.. Nak close account kan..

Kena hantar report sebelum 15hb.. Tapi Atie biasanya siapkan sebelum 10hb.. Yela senang nak cek balik kalau siapkan awal-awal.. Boleh la double cek.. x kelam kabut..

Sekarang tengah cari mood nak start buat report..

Mood datang la cepat!!


Salam Sayang,
Atie

Saturday, January 2, 2016

My Followers masih menghilang

Assalamuaikum



My Followers masih hilang, ada x siapa-siapa yang boleh tolong.. Atie dah try delete dan letak balik, tapi  still sama lagi.. Atie ada search kat internet, tapi x faham sangat cara dia.. Pening..

Bila ada je something x kena pada blog, Atie jadi x ada mood.. hukhukhuk.. sedih~

Please help me!! Pleasssee!!


Salam Sayang,
Atie

Friday, January 1, 2016

Hello 2016!! Bye Bye 2015!!

Assalamualaikum

Selamat Menyambut Tahun Baru 2016 untuk semua.. Lupakan segala pahit manis 2015 dan teruskan berjuang 2016!!

365 hari merupakan tempoh yang agak lama walaupun masa sekarang terasa amatlah cepat berlalu.. Namun terlalu banyak suka dan duka dalam tempoh tersebut.. Di harapkan 2016 memberi sinar baru dan semangat baru untuk menempuh tahun agak mencabar..

Azam tahun baru??
Kalau untuk blogging, harap Atie sentiasa rajin update blog dan berani mencuba sesuatu yang baru dalam dunia blogging..
Kalau personal?? Biarlah rahsia.. Hahaha


Salam Sayang,
Atie