Pages

Wednesday, December 21, 2016

New Year Giveaway by MF


Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

365 Days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria

Assalamualaikum

Klik banner untuk join.

Jom join.. ada masa lagi ni..

Thursday, December 1, 2016

END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS

Assalamualaikum

Klik banner untuk join

Tarikh Mula : 1/12/2016
Tarikh Tamat : Akan dimaklumkan.

Jom Semua Join!!

Wednesday, November 30, 2016

3 Days Giveaway ( Part 1 )

Assalamualaikum

Klik untuk join


TERMA DAN SHARAT

1) Warganegara Malaysia dan tinggal di Malaysia serta mempunyai blog.

2) Wajib follow blog HANIS dan add Google+ di sidebar blog ini .

3) Wajib follow instagram @hanismasturina dan @ajhaircare

4) Wajib buat entri dengan sertakan banner, hadiah dan testimoni serta backlinekan ke entri ini

5) Letak link entri anda diruangan komen DIBAWAH


HADIAH





TOP REFERRAL (1) : 
1 set trial AJ HAIR CARE (shampoo,conditioner,serum) + 1 NOVEL

TOP REFERRAL (2) : 
1 set trial AJ HAIR CARE (shampoo,conditioner,serum) + 1 PERFUME PEN

RANDOM 3 PESERTA : 
1 PERFUME PEN + 2 Trial AJ HAIR SHAMPOO



Testimoni AJ HAIR CARE




Harap sempat la Atie join giveway ni..

GOOD LUCK

Monday, November 28, 2016

GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT

Assalamualaikum

Klik banner untuk join!

Syarat-syarat giveaway ni mudah jer,

1. Giveaway ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. (Done)

2. Buat ENTRY berkenaan giveaway ini di blog anda dengan tajuk GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT ( JANGAN LUPA LETAKKAN BANNER DI ATAS YEA & BACKLINK kan ke entry ini (^__^)  (Done)


3. Selain itu, buat beberapa syarat mudah seperti di bawah;


(i) Follow Blog ini (Done)
(ii) Like Facebook Page (Done)
(iii) Follow Instagram (Done)

4. Jangan lupa, tinggalkan komen link entri blog di ruangan komen entry GIVEAWAY INI (Done)



Tarikh Mula Giveaway : 

15 November 2016 (Selasa)



Tarikh Tamat Giveaway :  

15 Disember 2016 (Khamis)



Tarikh keputusan pemenang akan di umumkan pada:

17 Disember 2016 (Sabtu)

JOM SEMUA JOIN!!



Friday, October 28, 2016

Musim Duku Dokong

Assalamualaikum

Sekarang musim Duku Dokong Langsat.. Siapa-siapa yang ada kebun sure dah bosan tengok buah-buah ni.. Macam kat kebun Atie berlambak buah ni.. Sampai x ada orang nak makan.. Nak bagi jiran-jiran pun semua ada pokok sendiri.. X habis makan juga.. Kat kedai ada sampai jual RM0.50-RM1.00 per kg.. Murah giler.. Siapa-siapa yang ada pokok tapi x ada orang panjat baik beli je..

Kebun Atie pun x ada orang panjat.. Abah x larat nak panjat dah, sakit lutut.. Siapa lagi yang ada kat rumah.. Satu-satunya lelaki.. hihihi.

Last week Abang Ngah balik, so paksa dia pergi panjat pokok duku dan dokong.. Nanti boleh bawa balik Ipoh.. Kat sini memang x ada orang nak makan dah.. Atie pun x suka sangat.

Jom pakat masuk kebun.. Atie lama giler dah x masuk kebun.. Biasa kalau musim buah, Abah Ummi pergi kutip dan bawa balik rumah.. Kitorang memang x masuk la.. Tapi bila lama x masuk kebun, rasa excited pulak nak ikut.. Lagipun nak bawa Fayyadh kenal kebun Aki dan Nanny.. Hehehe

Excited pun excited juga.. Kebun Abah dah bersihkan, x risau dah.. Tapi nyamuk banyak giler.. Tengok, siap bawa lilin lagi..

 Fayyadh dengan tukang halau nyamuk, C.Su



Tukang panjat





buat unggun api pun x jalan.. nyamuk banyak sangat

Fayyadh start menggaru dah..

Last-last terpaksa mengalah.. Jom balik.. Kesian Fayyadh habis merah-merah.. Berapa minit je kat sana.. X tahan dengan nyamuk..

Lepas ni confirm x masuk kebun dah...

Sunday, October 16, 2016

GIVEAWAY SALAM PERKENALAN by MASHITAHMAMAT

Assalamualaikum

SALAM PERKENALAN

Klik banner untuk join


Syarat-syarat giveaway ni mudah jer,

1. Giveaway ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

2. Buat ENTRY berkenaan giveaway ini di blog anda dengan tajuk GIVEAWAY SALAM PERKENALAN by MASHITAHMAMAT. Letak banner & backlink kan ke entry ni.

3. Selain itu, buat beberapa syarat mudah seperti di bawah;

(i) Follow Blog ini


(ii) Like Facebook Page


(iii) Follow Instagram



4. Jangan lupa, tinggalkan komen link entri blog di ruangan komen entry INI


Tarikh Mula Giveaway : 
13 Oktober 2016 (Khamis)

Tarikh Tamat Giveaway :  
15 November 2016 (Selasa)

Tarikh keputusan pemenang akan di umumkan pada:
19 November 2016 (Sabtu)

Tuesday, October 11, 2016

COMIC GIVEAWAY BY SVIORS

Assalamualaikum

Klik untuk Join

RULES :

Seorang blogger semestinya.

Peminat komik (memang minat komik.. Tapi kurang beli dah sekarang..)
koleksi lama.. tapi byk dah bagi adik..

Follow blog ini. [done]

Klik SAYA  SAYA dan SAYA. [done]


HOW TO JOIN :

1. Buat satu entry bertajuk 'COMICS GIVEAWAY by SVIORS. [done]
2. Letak banner di atas tu dan backlinkkan ke sini. [done]
3. Tinggalkan komen dekat bahagian komen beserta dengan link entri korang. [done]



Pemenang dipilih melalui cabutan bertuah! All the best^^


HADIAH :

9 buah komik untuk 3 orang pemenang, jadi seorang akan dapat 3 buah komik.

Set A
1. Pujaan Hatiku
2. Cinta Puteri Bulan Sabit.
3. Doktor Hatiku

Set B
1. 1/3 Romantika
2. Love Triangle
3. Jom Ke Sekolah Malam!

Set C
1. Coklat & Pudina
2. Andainya Dia Di Kafe Ini
3. Organisasi Rahsia Sekolah


EXTRA HADIAH : Pemenang bertuah?

 +

1 Small Bag Organizer + 1 Cartoon Sleep Eyes
untuk seorang pemenang.

Giveaway starts 12 / 09 / 2016 until 12 / 10 /2016

Peringatan Bersama : Terus lock pintu bila masuk ke dalam kereta

Assalamualaikum


Macam-macam hal dah sekarang.. Berhati-hati la semua walau di mana Anda berada.. Orang kalau dah terdesak sanggup buat apa saja.. Kita yang kena sesntiasa beringat..


Salam Sayang,
Atie

Monday, October 10, 2016

Adam Belanja di KB Burger Bakar

Assalamualaikum

Selepas 2 hari sesi memujuk untuk Adam belanja makan akhirnya berjaya.. Hahaha. Sebenarnya bukan nak sangat dia belanja, tapi nak dia bawa Atie keluar makan.. Bayar sendiri pun x pe.. Atie x biasa keluar malam sendiri kalau xde benda yang betul-betul urgent.. Tapi kalau keluar pun berteman..

Mula-mula Adam x nak keluar sebab hujan, tapi dah hujan renyai-renyai je.. Atie pujuk juga, nasib jalan juga pujukan ni.. Lagipun dah janji semalam yang malam ni nak keluar.. So kena tunaikan la.. Sape suruh berjanji.. kehkehkeh

Bila keluar mula-mula nak makan dekat Char Kuew Tiaw yang tengah femes dekat Pasir Pekan, tapi macam ramai je walaupun hujan.. Dah la kedai tu macam warung dan tempat yang ada bumbung dah penuh.. Kalau x hujan, boleh je duduk kat luar..

So, kita tukar haluan.. Kita cari burger.. Jom kita terjah KB Burger Bakar..



Semua order burger daging je.. Yang beza cuma kuantiti cheese je.. Lepas order baru teringat apasal la x gi makan Burger Mat Saleh.. Boleh try lain sikit.. Kat sini semua dah selalu makan.. Burger Mat Saleh, Atie pernah try tapi Adam dan Hajar x pernah lagi.. Burger dia pun lain dari yang lain.. Tula, bila dah order baru teringat pasal burger tu.. Next time.

Lepas order, cepat pulak sampai.. Macam biasa, Snap.. Snap.. dulu lepas tu baru kita terkam.. Bila nak betul-betulkan burger sebab nak bagi cantik gambar rasa roti dia macam x panas je.. Burger Patty pun sama.. Cheese pun x cair.. Boleh agak la patty tu x panas.. Aik, burger baru je sampai, x kan dah sejuk.. Bukan betul-betul sejuk la, tapi suam-suam kuku je.

Sebelum ni Atie makan kualiti dia ok.. Hari ni lain pulak.. Roti kalau sejuk jadi keras sikit.. X best nak makan.. Mungkin salah satu sebab dia weather hujan kot.. Yela, bakar kat luar kan, kena angin sejuk makanan pun cepat sejuk.. Tapi mesti kena fikir cara macam mana nak kekalkan panas bila hidang kat customer..


Atie terus buat complain dekat pelayan dia.. Pelayan pun cakap ok, nanti dia bagi burger free 2 biji.. Atie bagitau x kesah pun pasal burger free ke, cuma nak dia perbaiki kualiti.. Atie makan sebelum ni ok je..

Dah buat complain kan, kita makan jelah.. Habiskan nanti membazir pulak.. Tengah-tengah makan, pelayan dia hantar 2 biji burger yang siap bungkus.. Dia cakap sebab komplain.. Oklah rezeki, tapi makesure kualiti kena di perbaiki.. Nasib burger sedap.

Alhamdulillah rezeki dapat burger free dapat bawa balik kat Abah dan Ummi.. Rezeki lagi, sebab Adam yang bayarkan bill.. Hahaha

Next time kita try Burger Mat Saleh..

Salam Sayang,
Atie

Sunday, October 9, 2016

Mini Giveaway by Mya & Fana

Assalamualaikum

Klik banner untuk join

Tempoh 
7 - 21 Oktober 2016

Syarat
♪ Follow blog Mya dan Fana (DONE)
♪ Follow instagram Mya | Fana | Sukasuki.co (DONE)
ig: hawaa_rose
♪ Like Facebook page Mya (DONE)
fb: hawaa rose
♪ Buat entri bertajuk "Mini Giveaway by Mya & Fana"(DONE)
♪ Copy and paste banner di atas ke dalam entri dan backlink-kan ke entri ini.
♪ Publish dan tinggalkan link entri di bahagian komen.

Hadiah
RM 10 X 6 PEMENANG

Pemilihan pemenang
secara random (cabutan bertuah)

Time for Giveaway

Assalamualaikum

 Nak join???
Klik Banner yang cute ni!!

Jom kawan-kawan semua join!! Hadiah pun menarik..
Antara hadiah-hadiah untuk pemenang

Jom Join!!

Thursday, October 6, 2016

Gila Ramen

Assalamualaikum

Sekarang rasanya dah kurang orang gilakan Ramen.. Sewaktu awal kemunculannya dulu, ramai je post pasal ramen.. Happy gilerrrr dapat makan ramen.. Ramai juga yang berkesempatan jual ramen secara online.. Yela kan, kat kedai mana ada.. Nak beli pun susah.. Ada yang jual RM35/pax.

Atie pun salah seorang yang teringin sangat nak makan ramen.. Tapi untuk beli online tu, memang x la.. Entah la, Atie jarang beli barang online.. Cousin Atie ada je jual, tapi bila tanya ada cop halal ke x dia cakap xde.. Erkkkk…. Memang x kan beli la.. So, terpaksa memendam rasa dulu..

Hari tu Kak Long ada beli kat Paka.. Beli online gak, tapi Cod kat Paka.. Rm30 kalau x silap Atie.. Dia simpan untuk Atie 1 bungkus, nak bagi Atie try.. 

Bila 1st sudu masuk dalam mulut, wowwww pedas gilerrr tapi sedapppp… Rasa dia x lah gempak sangat, tapi pedas dia yang gempak gilerr.. Bagi Atie Ramen ni sedap sebab pedas dia.. Unik sikit.. Lepas sekali makan tu, terus nak makan je.. Memang akan rindu pedas dia..

Tapi sekarang banyak dah tempat boleh beli Ramen.. Kat Aeon pun berlambak je.. Harga pun standard dah.. RM25 je.. Mungkin sekarang orang x giler dah.. Mesti ada yang try 1 kali dah x tahan pedas.. Tu yang kurang dah pembeli Ramen..
Kalau nak beli Ramen kena pastikan ada logo HALAL.. 

Perbeza Ramen Halal dan Tidak Halal

Packaging Ramen yang Tidak Halal

Ramen Halal dan semestinya ada Halal logo


Sedapnyerrrr.. Kena gi beli nih..

Salam Sayang,
Atie

Tuesday, September 27, 2016

Bila internet tiada....

Assalamualaikum

Hampir seminggu bekalan internet terputus.. Macam bekalan makanan pulak.. hihihi. Streamyx xde gara-gara kabel kena curi.. Aduihh apasal bodoh sangat gi curi kabel.. Menyusahkan orang je.. Bila internet xde, hura-hara lah semua mangsa di rumah.. X senang duduk dah semua..

Biasa lepas sembahyang subuh Atie akan layan FB atau Instagram.. Ala, sambil tunggu mata nak lelap balik.. Ish!! Anak dara apa tido balik lepas subuh.. kihkihkih. Bila on FB, eh apasal tengok pakai DATA pulak.. mana hilang signal wifi.. Hati dah risau sebab sebelum tu TM dah bagitau kena bayar bil, tapi Atie x pergi bayar-bayar lagi.. Kahkahkah.

Bila tengok kat modem signal internet xde.. Risau dah.. Confirm semua pakat-pakat pandang Atie sebab lambat bayar bil.. Semua kalau internet problem ke atau slow semua pandang Atie.. Kerja Atie la buat report-report ni..

Lepas tengok modem signal xde, cepat-cepat la Atie pergi mandi dan bersiap nak keluar bayar bill.. Tapi hati kata confirmkan dengan TM dulu la.. Kalau betul keno potong, baru keluar gi bayar.. Bila call TM, house phone pulak problem.. Macam xde bunyi langsung.. Dalam hati confirm TM yang buat hal.. Terus call TM pakai hp.. Memang diorang yang problem sebab line Atie belum kena potong lagi.. Lega sikit sebab internet xde bukan salah Atie. Hahaha.

Lepas di selidik, memang confirm kabel kena curi.. Bila tanya Tm bila benda ni settle, diorang cakap kena ambil masa 1minggu juga untuk siap ganti balik kabel..
Errrkkkkk~ lamanyaaa……………………..

sekadar hiasan

Bila streamyx xde, maka huru-hara la segala isi dalam rumah tu.. hehehe. Semua mana la boleh hidup tanpa internet.. Abah la yang paling kalut.. Suruh Atie buat internet mobile kat tablet dia.. Senang la nak berwhatsapp.. Sebelum ni Abah pakai phone nokia biasa je, tablet untuk whatsapp tinggal kat rumah je.. Sebab tu pakai line xde internet..

Sanggup je Abah bayar internet mahal asalkan dapat berwhatsapp.. X leh hidup tanpa whatsapp nampaknya.. kehkehkeh. Ummi pun sama, kelam kabut suruh adik top up kan nak bagi internet aktif. Biasanya Ummi jarang top up.. Duk rumah je kan.. Ummi lebih kepada whatsapp, nak call pakai hp Abah.. Hahaha.

Hp Atie pulak 100mb je data.. Sebelum ni pakai 500mb pun x habis pakai.. Yela, duk rumah pakai streamyx rumah.. Gi ofis pakai ofis punya.. Lepak-lepak kat luar pun kurang, kalau ada pun kurang online.. Cukup sekadar nak berwhatsapp je.. Sebab tu Atie turun kan data jadi 100mb.. Rasa membazir je.. Ofis hp pn dah ada data 500mb.. lebih dari cukup dah untuk Atie.. Bila streamyx kat rumah xde, Atie ok je.. Xde kelam kabut.. Nak try biasakan diri hidup tanpa internet.. kahkahkah

Tapi seminggu tanpa internet terus memang xleh la.. Untuk whatsapp kena ada.. Yelah, semua kan berwhatsapp.. Nak tanya benda urgent pun pakai whatsapp.. So, whatsapp amat-amat penting..

Bila streamyx xde, Atie kurang Facebook.. Yela pakai data ciput je, buka facebook pun kadang-kadang je.. Nak save data katakan.. heheee.. Bila cuba kurangkan facebook, ok la bagi Atie.. X ada benda urgentkan.. Tapi kurang dapat maklumat isu semasa.. Bila ada apa-apa berlaku dekat Malaysia atau Dunia memang lambat dapat info la.. Tu pun tunggu dari mulut-mulut orang lain.. So, untuk Atie facebook ni memberikan maklumat.. Tanpa facebook ibarat hidup dibawah tempurung.. Cewahhh~ siap peribahasa lagi tuuu.. kihkihkih

Erkkk... terpanjang pulak karangan ni..

Salam Sayang,
Atie

Friday, September 16, 2016

Thursday, September 15, 2016

Koleksi Kisah Seram : Rumah sewa

Assalamualaikum





sumber : copy paste


Salam Sayang,
Atie