Pages

Thursday, December 31, 2015

Koleksi Kisah Seram : Housemate Psycho

Assalamualaikum



Sumber : FB


Salam Sayang,
Atie

Monday, December 28, 2015

Resepi : Potato Soup

Assalamualaikum

Dah lama Atie x share resepi.. Sekarang memang malas nak masak dah.. Kalau dulu rajin je search benda-benda baru.. Sekarang ni, masuk dapur pun malas..

Last weekend tiba-tiba mood rajin datang.. Jumpa pulak resepi yang senang.. So apalagi, Atie try buat la.. Sedap!!

So hari ni Atie nak share resepi Potato Soup.. Cicah dengan Garlic Bread pun sedap..



Bahan-Bahan

  • 250gm kentang dipotong 8
  • 25gm butter
  • 1 kiub ayam
  • sedikit serbuk oregano
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 100ml susu cair
  • air panas dari rebusan kentang secukupnya
  • sedikit daun sup dihiris halus


Cara-cara
  1. Mula-mula rebus kentang hingga 3/4 empuk...ambil kentang dan sedikit air rebusan kentang dan blend hingga kentang hancur.
  2. Dalam periuk lain..panaskan butter hingga cair...api pelan je..lepas tu masukkan kentang yang telah di blend tadi..kacau-kacau rata...lepas tu masukkan kiub ayam..air dari rebusan kentang..garam dan serbuk lada sulah secukupnya..masukkan juga oregano skit..
  3. kacau2 rata...biar didih...lepas tu masukkan susu cair..masukkan juga hirisan daun sup...kacau hingga sebati dan kuah agak pekat...tambah air kentang tu lagi jika perlu...rasa masin nya..kalau kurang boleh tambah garam....
  4. dah masak tutup api..boleh dihidang dgn roti garlic atau roti lain pun sedap jugak..makan gitu pun best..lemak berkrim je.
Selamat Mencuba!!


Salam Sayang,
Atie

Monday, December 21, 2015

Kenapa jadi macam ni??

Assalamualaikum

Kenapa Followers Atie x keluar macam biasa.. Tiba-tiba je jadi macam ni

Ada siapa-siapa boleh tolong??? PLEASE!!

Salam Sayang,
Atie

Saturday, December 19, 2015

INFO : ANTARA MAKANAN KURANGKAN KOLESTEROL

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.


ANTARA MAKANAN KURANGKAN KOLESTEROL:

Kacang Soya
  • mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian
  • mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
  • kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi 

Kuaci

  • kaya dengan kandungan zat besi
  • amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menamba zat besi sambil mengurangkan kolesterol

Kurma

  • buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
  • mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
  • flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima

Epal


  • makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
  • memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak

Ikan Tuna
  • sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
  • melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL

Kacang tanah
  • kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
  • Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung


Buah Mangga

  • kaya vitamin C
  • vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
  • selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi


Kismis

  • mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
  • amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menrunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus


Jambu batu

  • disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
  • dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan

p/s: Kolesterol boleh meningkat tanpa kita sedar.. Amallah pemakanan yang sihat.


Salam Sayang,
Atie


Friday, December 18, 2015

Santai Waktu Petang

Assalamualaikum





X perasan KakNgah masuk sekali.. Xpe la, malas nak edit..




Salam Sayang,
Atie

Thursday, December 17, 2015

Senarai Peserta-Peserta Gegar Vaganza 3?

Assalamualaikum

Gegar Vaganza 2 telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan kemenangan berpihak kepada Siti Nordiana.. Nama Siti Nordiana terus melonjak selepas berakhirnya Gegar Vaganza 2..

Kehangatan Final Gegar Vaganza 2 masih terasa.. Namun senarai peserta-peserta Gegar Vaganza 3 telah di umumkan.. Kesahihan ini belum dapat di pastikan.

Antara nama peserta yang menjadi bualan ramai :
  1. Zarul Umbrella
  2. Maya Matahari
  3. Bandi Amuk
  4. Zamani
  5. Tomok
  6. Misha Omar
  7. Zur Eda
  8. Francesca Peter
  9. Amelina
  10. Joey Exist
  11. Toki
  12. Syura
Harap Gegar Vaganza 3 dapat mengegarkan hati penonton semua.




Salam Sayang,
Atie

Wednesday, December 16, 2015

Wordless Wednesday #6 : 4 Generation

Assalamualaikum

TokMek, Abah, CheSu, Tasneem

Tuesday, December 15, 2015

Semalam Result PT3

Assalamualaikum

Macam mana semalam result PT3?? Kepada yang berjaya Kak Atie nak ucapkan tahniah, yang kurang berjaya, jangan berputus asa.. Jauh lagi perjalanan hidup.. PT3 x ada apapun.. Ramai je yang gagal PT3, SPM tapi berjaya dalam hidup.. Yang penting kita mahu berubah ke arah lebih baik..

Bagi Atie PT3 jauh beza dengan PMR.. Kualiti dah x ada.. PMR dulu, student kena usaha sendiri.. Maksud Atie, cikgu-cikgu akan mengajar, memberi latihan dan semuanya atas student itu sendiri.. Kena usaha lebih untuk berjaya.. PT3 sekarang banyak atas bantuan cikgu-cikgu.. Semua cikgu-cikgu yang bagi markah..

Nak tunggu result keluar pun x ada debaran.. Adik Atie dah lama tahu result dia.. Semalam pergi sekolah pun sebab nak ambil result yang rasmi je.. Kalau ikutkan dia malas dah nak pergi ambil.. Dah tahu resultkan..

Sistem pendidikan sekarang makin teruk.. Cikgu-cikgu pun ramai dah complain sebab pening dengan sistem yang sentiasa bertukar.. Dulu, semua nak jadi cikgu sebab boleh balik sekolah awal.. Kerja mengajar je.. Sekarang bukan macam tu lagi.. Cikgu-cikgu pun macam kerja office hour dah.. Lepas mengajar kena masukkan markah dalam system, macam-macam  la kena buat.. Atie x tahu sepenuhnya la pasal tugas guru.. Tapi yang tu selalu my aunty complain..

Atie suka dengan post Norhayari Berahim ni..

So adik-adik yang kurang berjaya jangan sedih-sedih tau!! Yang penting fikir nak makan apa hari ni..


Salam Sayang,
Atie

Monday, December 14, 2015

Tiba-tiba abah sakit

Assalamualaikum

Petang semalam tiba-tiba Kak Long call masa Atie kat office cakap Abah kena bawa ke hospital.. Memang terkejut.. Sebab Abah OK je selama ni dan pagi tadi pun sihat je.. Risau sangat-sangat..

Sebenarnya, pukul 3 petang Abah bagi tahu badan dia sebeleh kiri rasa kebas.. Masa Abah bawa motor, Abah dah rasa lain macam.. Alhamdulillah x ada berlaku apa-apa.. Ummi terus bawa Abah ke klinik sebab risau tengok Abah.. Sebelum ni Abah sentiasa sihat dan bulan lepas Abah dah buat full body check up.. Semua OK je..

Bila sampai je di klinik, Doctor agak Abah kena mini Stroke.. Doctor terus rujuk ke hospital besar untuk full check up.. 1st time Abah naik ambulance dan 1st time juga Abah masuk hospital.. Kuasa Allah kan.. Walaupun selama ni kesihatan Abah ok, tapi bila-bila masa je benda macam ni boleh jadi..

Sampai je kat hospital, doctor buat CT scan dan x-ray.. Semua OK.. Doctor cakap mungkin disebabkan oleh kolestrol.. Pagi tadi doctor ambil darah untuk cek kolestrol.. Harap-harap semua OK..



Salam Sayang,
Atie


Wednesday, December 9, 2015

Permohonan BR1M 2016 Secara Online Kini Di Buka

Assalamualaikum

Permohonan BR1M 2016 Secara Online Kini Di Buka dari 5 December sehingga 31 December 2015.. Kawan-kawan boleh war-warkan kepada saudara mara atau sesiapa yang layak untuk mengemaskini dan juga boleh membuat permohonan baru.. 

Klik sini untuk ke website : BR1M 2016


Cepat dapatkan duit free... hehehe.


Salam Sayang,
Atie

Tuesday, December 8, 2015

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN 2015 NS

Assalamualaikum


HADIAH
[]
4 x Diari Planner Tahun 2016
3 x Hadiah Saguhati

TARIKH BERLANGSUNG :
5 DIS 2015 hingga 20 DIS 2015

KLIK BANNER SEKARANG UNTUK MENYERTAI..!!! 
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN..

Hobi Baru : Terapi Minda

Assalamualaikum

Sekarang Atie ada hobi baru.. Jom mari mewarna.. Trend sekarangkan main coloring.. Atie pun tiba-tiba dah terjebak gara-gara Kak Long suka share dekat facebook.. Print je dan terus color.. Kat kedai ada je jual, tapi kalau nak jimat print jelah.. Atie kedekut sikit, so baik kita print sendiri..




Ni antara yang Atie dah print.. X leh print banyak-banyak, nanti x berkesempatan lak nak color..
Baru je color yang ni sikit..


Excited main color-color ni, siap beli color pencil baru.. Beli yang offer je dekat Popular.. RM16.99 dapat 2 set.. Murahkan.. 1 lagi bagi kat Tasneem.. Harap x hilang la..

Nak siapkan yang ni pun susah bila anak-anak buah Atie ramai sangat kat rumah.. Buka je color pencil, semua datang serbu.. Stress!! Last-last simpan dulu.. Bila yang kecik-kecik dah tido, baru keluarkan balik.. Hmmmm, nampak gayanya memang ambil masa la nak siapkan.. Buat sikit-skitkan..

Ada x siapa-siapa yang tahu website mana boleh download Secret Garden Coloring Book yang best dan good quality.. Sebab kadang-kadang ada gambar yang blur lepas print.. Kena tengok betul-betul..


Salam Sayang,
Atie

Sunday, December 6, 2015

Pak Yus Dalam Kenangan

Assalamualaikum

Hari ni baru Atie berkesempatan tengok Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan.. Rumah Atie x langgan Astro dan laptop pun rosak.. Tunggu hari kerja je dapat tengok.. Nak tengok pakai phone x best..

Memang sedih sangat.. Menangis sorang-sorang kat office tengok video tu.. Boleh nampak sifat Pak Yus yang amat disenangi oleh semua orang.. Atie yang langsung x mengenali beliau pun boleh rasa kehilangan.. Apatah lagi kawan-kawan yang rapat dengan beliau..

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.. Memang sesuai untuk Arwah Pak Yus.. Sehingga kini masih ramai lagi yang share pasal Pak Yus.. Semua merindui lawak-lawak Pak Yus, senyuman Pak Yus yang manis dan sangat ikhlas..

Ni 1st time Atie rasa sedih sangat-sangat bila seorang artis meninggal dunia.. Hilang Pak Yus tiada peganti!!



Salam Sayang,
Atie

Thursday, December 3, 2015

Kisah Ayah tidak merestui Anak

Assalamualaikum



Kisah benar...Dah lebih 20 tahun Abu (nama sebenarnya adalah Hafizi Harris) tidak pulang ke rumah ayahnya setelah dia dihalau kerana mau pergi ke KL untuk mencari kerja.

Ayahnya tidak suka dia bekerja d KL. Bahkan ayahnya menyatakan dia tidak akan menemukan kebahagian di sana. Abu tak peduli, dia nekad meninggalkan ayahnya. Sejak itu dia langsung tidak pulang ke kampung menemui ayahnya, dia ingin buktikan dia boleh berjaya di KL.

Terdetik hatinya utk pulang bila dia rasakan dia sudah berjaya dalam kehidupannya. Dia kini sudah beristeri dan dikurniai seorang anak. Dia sudah mampu memiliki sebuah Honda Accord.

Sampai di kampungnya dia terkejut dengan perubahan yang dilihatnya sehingga dia lupa jalan ke rumahnya. Deretan rumah-rumah kayu yang dahulunya di pinggir jalan sudah tiada lagi, semuanya digantikan dengan rumah-rumah batu yang besar.

Abu melihat sekitar, dia sudah tidak lagi dapat mengingat jalan ke rumah ayahnya.

Dia berhenti di sebuah restoran. Abu mendekati seorang pakcik yang sedang berjalan menuju keretanya dan bertanya, "Pak cik di mana rumah pak Mat tukang?"

"Eh, kamu ni Abu anak Pak Mat tukang, ye?"

Abu mengangguk,

"Ayah kau dah pindah duduk banglow di jalan depan ni...dia dah lama xtak duduk sini....dia sekarang dah pakai bmw 7 series..."

Terlopong Abu mendengar penjelasan pakcik tu

"Pakcik....bagaimana ayah saya boleh jadi mcm tu? " Abu bertanya hairan.

"Tu lah kamu tak sabar, orang kampung semua dah senang lenang, ada banglow, kereta mewah...ayah kau tu baru balik dari melancong di Hawaii.."

Abu tak sabar nak tahu apa yang telah mengubah kehidupan di kampungnya " Apa yang mengubah semua ni, pakcik?"

"BR1M" Hehehehe

Sumber : Copy Paste


Salam Sayang,
Atie

Wednesday, December 2, 2015

Giveaway Disember 2015 Cash RM500 by Emas Putih

Assalamualaikum


Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat


Happy Birthday ADAM!!

Assalamualaikum



Salam Sayang,
Atie

Tuesday, December 1, 2015

Persediaan anjurkan GiveAway

Assalamualaikum

Atie suka join GA.. Kadang-kadang terasa juga nak anjurkan GA.. Tapi risau pun ada juga.. Yelah, nak buat GA nampak je senang.. Tapi nak memudahkan peserta dan berlaku adil susah juga kan.. Takut nanti ada yang tidak berpuas hati..

Atie ada juga baca tips untuk buat GA ni.. InsyaAllah, Atie mampu nak ikut.. Tapi kalau pasal hadiah, minimum yang sepatutnya kita sediakan berapa ye?? Takut nanti orang cakap, hadiah sikit je.. tapi beria-ia nak buat GA.. Atie ada juga tengok orang mintak sponsor dari rakan-rakan blogger.. Tapi untuk permulaan ni, Atie ingat nak sediakan hadiah sendiri.. Nak tengok dulu sambutan macam mana.. Yelah, x biasa anjurkan GA kan..

Satu lagi yang Atie x tau, macam mana nak post hadiah tu?? Ada yang hadiah besarkan, macam mana dia post?? Maaf, Atie kalau pasal post-post ni memang x tau.. Lagipun Atie x pernah beli barang online.. Kalau ada pun, kakak yang tolong belikan.. Tapi, kalau beli barang online, semua guna post berbayar.. Kalau yang GA ni macam mana?? Kalau siapa-siapa ada tips boleh bagitahu yea..

Sebelum nak buat GA, kena buat persediaan jugakan.. X nak la mengganggu kelancaran GA nanti..

InsyaAllah ada peluang nanti, Atie akan anjurkan GiveAway..




Salam Sayang,
Atie

Monday, November 30, 2015

Al-Fatihah untuk Pak Yus Jambu

Assalamualaikum

Walaupun Atie x pernah update pasal artis-artis ni, tapi berita pemergian Yus Jambu memang terasa.. Bagi Atie lawak Pak Yus yang bersahaja memikat hati Atie.. Memang sentiasa gelak bila tengok lawak-lawak dia..

Terasa sedih bila dia dah xde.. Rindu dengan lawak-lawak dia.. Yang paling Atie suka pasal Pak Yus adalah sikap dia yang sangat baik dan sayangkan sahabat-sahabat dia.. Walaupun x pernah jumpa dia, tapi boleh nampak di sebalik gambar-gambar dia bersama sahabat-sahabat..


Pak Yus telah kembali kerahmatullah malam tadi di hospital Selayang..

Al-Fatihah untuk Arwah Pak Yus


Salam Sayang,
Atie

Sunday, November 29, 2015

Tahap Kemalasan Melampau

Assalamualaikum

Jarang dah Atie update blog sekarang.. Kalau ada pun pasal GA je.. Memang xde mood nak update blog.. Banyak benda nak kena fikir.. STRESS!!

Atie kalau stress atau kena banyak fikir, memang otak jadi slow.. Mood pun hilang.. Jiwa kacau orang cakap..

Atie sebenarnya terpaksa membuat 1 keputusan besar demi masa depan.. Banyak benda terpaksa korbankan.. Mungkin kasih sayang pun kena korbankan skali.. Sedih untuk membuat keputusan.. Keputusan yang amat besar dan Atie harap dengan keputusan Atie buat nanti, x akan menyusahkan mana-mana pihak..

Ok lah, buat masa sekarang x nak fikir dulu.. Nak happy-happy walaupun terpaksa membuat keputusan juga nanti..

Masa, jangan la cepat sangat berlalu......


Salam Sayang,
Atie

Wednesday, November 25, 2015

Mini Giveaway YanieYusuf.com

Assalamualaikum

Jom kawan-kawan join GA ni..
Masih ada peluang lagi untuk menang..

Tarikh akhir: 30 November 2015
(Sehingga jam 1159 malam)

Klik Banner untuk Join!!

Good Luck Semua!!

Mini Giveaway by Myra & Ina



klik banner

Syarat Penyertaan

1. Follow blog  Ina.
2. Wajib follow Instagram (jika ada) @flowery.dot
3. Like fanpage 

Senarai Hadiah

Sweatshirt 2x di Flowery.dot


 Shawl Hanis Zalikha 2x

Crispy choco jar 2x

Necklace 2x di flowery.dot
Pemilihan Pemenang

Blog;
Top Refferal & Random
Instagram; 
1. Like paling banyak
2. Tag paling banyak
3. Random

* Jika peserta melebihi 100 orang, hadiah akan ditambah

Wednesday, November 18, 2015

Wordless Wednesday #5 : Gile Lokching

Assalamualaikum

Beli 100 cucuk dengan kawan.. RM10 je.. Murahkan!!
1hari pun boleh habis tau.. Habis, order lagi.. kihkihkih

Tuesday, November 17, 2015

Kongsi Ilmu : Solat Selepas Haid - KESILAPAN WANITA!!

Assalamualaikum

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

 Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

 Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

 Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

 Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

 1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

 Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran ke
pada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri...!


Copy Paste


Salam Sayang,
Atie

Sunday, November 15, 2015

Giveaway Simple by cik akak & sponser

Giveaway Simple by cik akak & sponser


Syarat Penyertaan : 

  • Follow Blog
cik akak  kathyrbain | syamimi  | wawa I Farah Arina | Salina Johari  | Ainul Aqma JMbelog  | Lorongcinta | Duniakita  | Arra |
  • Likes fanpage -  JMbelog I cik akak I cinta itu indah | Ainul Aqma 
  • Follow facebook - cik akak I JMbelog I Salina johari
  • Follow Instagram & Twitter - JMbelog I JMbelog I Salina johari I Farah Arina | Ainul Aqma | Arra 
  • Masukan link blog ini dalam senarai bloglist anda : http://kathyrbain.blogspot.my/
  • Buat entri bertajuk "Giveaway Simple by cik akak & sponser"
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 13.11.2015 - 22.11.2015 [10 hari]
  • Giveaway tamat 22.11.2015 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui Nombor Cabutan Bertuah
Perhatian : Bagi syarat likes fanpage, follow facebook, Instagram & twitter peserta wajib follow setiap syarat sekiranya peserta ada akaun yang dinyatakan dalam syarat yang telah cik akak senaraikan. 

Sekiranya peserta tidak mempunyai akaun tersebut, peserta tak perlu ikut syarat yang dinyata. Apa yang penting kejujuran anda sebagai peserta giveaway. 

Follow blog wajib...tiada kelonggaran isu follow blog....semoga giveaway ini berjalan dengan lancar......

copy & paste coding ini dalam post entri anda...



Hadiah Giveaway

  • cik akak - Cash RM50.00 x 2 pemenang 
  • KathyRbain - Topup RM10.60 x 1 pemenang
  • Syamimi - Cash RM5.00 x 2 pemenang
  • Wawa - Topup RM10.60 x 2 pemenang
  • Farah Arina - Topup RM10.60 x 1 pemenang & Topup RM5.00 x 1 pemenang
  • Salina Johari - Cash RM10.00 x 2 pemenang
  • Ainul Akma - Topup RM10.60 x 1 pemenang
  • JMbelog - Topup RM10.60 x 5 pemenang
  • Lorongcinta - Topup RM5.00 x 2 pemenang
  • Duniakita - Topup RM5.00 x 2 pemenang
  • Arra - Topup RM10.60 x 1 pemenang

Ilham giveaway copy & paste coding - Rujuk Entri Kak Mialiana


Sunday, November 8, 2015

Untungnya jadi orang Kelantan... Eh!!

Assalamualaikum

Tajuk bukan main lagi.. hehehe. Tiba-tiba je bangga sebab Kelantan dapat cuti lama.. 5 hari tau dapat cuti free.. Bila lagi nak jumpa cuti free macam tu..

Kelantan akan bercuti 10 Nov - 14 Nov.. 15hb baru start kerja balik.. Lamakan.. hehehe. Jangan jelous!! :p
10hb tu cuti Depavali.. 11 dan 12hb cuti Keputeraan Sultan Kelantan.. Campur lagi dengan Jumaat Sabtu.. Maka jadinya 5 hari.. Hahaha. Panjang explain tu..

Kalau cuti lama-lama pun Atie x tau nak pergi mana.. Sebab Abah dengan Ummi x de perancangan nak pergi bercuti.. Abah busy.. Tapi mungkin pergi jalan-jalan Dungun, rumah kakak.

Sebenarnya, kalau cuti macam ni best gi luar negeri.. Sebab resort atau mana-mana tempat untuk bercuti x ramai orang.. Mungkin akan jumpa warga Kelantan je.. Negeri lain x cuti lamakan..
Atie pernah pergi Bukit Merah masa cuti Keputraan, memang best sangat.. Sebab kita boleh main dengan aman dan damai..

Saje je wish Selamat Bercuti awal-awal.. Bagi semua jelous.. Hahahaha!! *jangan marah



Salam Sayang,
Atie

Thursday, November 5, 2015

Tudung Free dari Aidijuma

Assalamualaikum

Hari ni Aidijuma bagi tudung free sempana birthday Datin Juma.. Atie pergi pukul 12 lebih.. yang Paris dah habis.. Sedih sangat.. Tapi Alhamdulillah dapat juga yang free.. Siap ambilkan untuk kakak..

Atie dapat yang ni je.. Tapi syukur dapat free kan..

Nak yang ni, xde rezeki..

Cepat-cepat!! Boleh pergi ambil free selagi stok masik ada.. Yang kopi atas tu, baru je keluar.. Atie rasa stok banyak lagi.. So, cepat kawan-kawan pergi CS!!

Salam Sayang,
Atie

Wednesday, November 4, 2015

Perginya Seorang OPAH

Assalamualaikum

Tangga 25 Oct 2015, Opah Atie dari Taiping telah pergi menemui penciptaNya.. Tapi keluarga Atie x sempat jumpa dia.. Dia sebenarnya dah lama sakit, tapi beberapa hari sebelumnya dia dah sihat.. So uncle Atie bawa tinggal kat Putrajaya.. Tapi tiba-tiba sakit datang balik dan terus pergi..

Mengikut perancangan, Atie sekeluarga nak pergi melawat pada cuti Deepavali nanti, semua dah pakat-pakat nak jumpa kat sana.. Bila dapat berita Opah makin sakit, kami tukar perancangan nak pergi melawat pada 25 Oct 2015.. Tapi manusia hanya merancang..

Sepatutnya kami bertolak pada pagi Ahad tu, tapi tiba-tiba kami terima tetamu dari Johor.. Kami terpaksa meraikan tetamu dari Johor walaupun sekejap.. Dalam pukul 8.40 pg, kami dapat mesej bagitahu yang Opah dah xde dan akan di kebumikan di Putrajaya lepas waktu Asar.. Kalau kebumikan di Taiping, mungkin kami sekeluarga sempat sampai.. Tapi kalau di putrajaya, memang x sempat.. Abah je pergi dengan flight.. Tapi tu pun x sempat sebab keluarga kat sana tukar perancang nak kebumikan terus selepas Zohor.. Diaorang cakap x baik biarkan jenazah terlalu lama..

Tapi mungkin x ada rezeki Abah untuk berjumpa Opah buat kali terakhir..







Dapat berkumpul bersama *sebahagian je ni

Ni la Uncles dan Aunts sebelah Abah
Bersama pasangan masing-masing, tapi Ummi je xde

Opah!! Sentiasa dalam ingatan..

Salam Sayang,
Atie